AKU menekan butang 'Ctrl S' artikel yang aku buat tadi saved ke dalam thumbdrive aku. Esok aku akan submit kepada Encik Haiqal. Rasanya sudah cukup elok untuk aku hantar sebelum Encik Haiqal luluskan tulisan aku.
Aku mencapai sampul surat Erhan dan menarik surat di dalamnya. Sambil berbaring aku membaca baris-baris ayat yang terkandung di dalam surat itu sekali lagi. Aku tidak pernah rasa jemu membacanya.
Sayang...abang tidak sabar hendak bertemu dengan sayang kerana abang terlalu rindu pada sayang...
Hatiku merasa tercuit setiap kali membaca baris ayat itu seolah-olah surat itu di tujukan kepada aku dan aku adalah Lasindah kekasih hati Erhan. Kenapa hatiku merasa teruja dan gembira sekali sedangkan Erhan itu bukan kekasihku. Hailah aku sudah gila agaknya. Terlalu asyik membaca surat dari Erhan. Sehingga aku angau pada Erhan. Aduh! Rosak aku. Aku melipat surat itu dan memasukkan kedalam sampul surat semula. Aku mengadap laptop click 'new page' lalu menaip sesuatu.
Assalamualaikum abang...apa khabar mu di sana??? Lasindah di sini baik-baik aja.
Aku berhenti menaip bila teringat sesuatu..baik-baik aja?? Eh dah lorat ke Indon lah pulak aku ni. Surat yang di tulis Erhan sikit pun tidak guna bahasa Indon. Isskk nanti dia tahu yang balas surat bukan Lasindah. Aku tekan butang 'delete' dan mula menaip ayat baru.
Jariku berhenti mengetuk butang laptop bila teringat sesuatu. Eh?? Si Lasindah ni balas surat pada Erhan tulis tangan atau taip??? Ah sudah! Buatnya si Lasindah tu tulis tangan mana aku hendak tahu tulisan tangan dia? Aku mula memikirkan sesuatu.
Ah yes! dokumen pindah sewa yang di tandatangan Lasindah. Aku bangun lalu menarik laci almari mencari dokumen tersebut. Fail hitam ku capai lalu menyelak helaian demi helaian kertas-kertas atau dokumen penting yang aku simpan. Mataku tertancap pada surat ikatan mengenai sewa rumah. Aku mengeluarkan dokumen itu lalu membuka pada mukasurat terakhir. Terdapat tanda tangan Lasindah dan juga tulisan tangan Lasindah membetulkan 'clause' yang terdapat di dokumen tersebut.
Aku tersenyum lebar. Hah senang aje hendak tiru tulisan tangan Lasindah kerana aku sememangnya 'expert' bab-bab tiru tulisan dan tandatangan abah dulu. Hehehe. Kes darurat aku tiru kerana takut abah tidak membenarkan aku mengikuti kem bengkel penulisan yang di taja oleh sekolah untuk pelajar yang meminati bidang penulisan. Aku delete semula apa yang aku taip di laptop kerana aku hendak balas surat Erhan dengan tulisan tangan kerana aku yakin Lasindah turut berbuat demikian.
Sayang apa khabar dengan mu? Disini aku merindukanmu. Ku harap cintamu takkan berubah, karna di sini ku tetap untukmu.
Aku tersenyum ketika menulis surat untuk Erhan. Marsha! Marsha! What's got into your mind? Kenapa aku suka buat benda gila macam ni? Aku mengeleng kepala perlahan namun pen di jariku ligat menari di atas kertas.
*******
Erhan menjeling mejanya sekilas. Terdapat beberapa keping surat terletak cantik di atas mejanya. Surat khabar di sebelah tidak di usik bila matanya tertarik akan sampul surat berwarna 'light pink' personal stationary di tulis tangan dan tertera namanya.
Erhan mengerutkan dahinya tanda hairan. Surat dari siapa? Tidak mungkin dari? Ah nah mungkin? Ulang Erhan dalam hati. Erhan menghenyakkan punggungnya di kerusi lalu mencapai 'letter opener' lalu mencapai sampul surat berwarna pink itu. Sebelum surat itu di buka, dia membelek sampul itu beberapa kali kerana dia tidak pernah menerima surat tulisan tangan dari sesiapa melainkan dari Lasindah.
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
RomanceMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...