ERHAN duduk di sofa tersandar kepenatan. Sudah lama dia tidak keluar berjogging. Selalunya waktu begini dia keluar berjogging di taman yang berdekatan dengan pejabatnya.
Erhan selalu menyimpan pakaian gymnya di pejabat. Namun sudah lama juga dia tidak menyentuh pakaian gym kerana tidak ada mood untuk berjogging semula. Bila dia mula semula terasa mengah sedikit.
Pintu pejabat Erhan di buka. Lieza masuk ke dalam pejabatnya.
"You dari mana boss?," tegur Lieza bila di lihatnya Erhan tersandar kepenatan di sofa dengan sweat shirt dan track pants. Seperti baru lepas pergi berlari kayaknya.
"Baru pulang dari jogging..aku capek bangat, Lieza yang baik hati bisa bikinkan aku air, aku dahaga sekali..," ujar Erhan lembut, kali ini dia berbaring di atas sofa.
"Ya itu bisa di atur boss..balik jogging??? Lama you tak jogging sir dah hampir 6 bulan, kenapa tiba-tiba nak berjogging semula?," usik Lieza lalu menuju kearah mini pantry yang terdapat di bilik Erhan.
Dia membancuh air kegemaran Erhan signature coffee R&R. Bossnya itu memang pelik. Tidak kira pagi petang siang malam. Kalau dia minta buatkan air, tiada air lain yang di minta selain signature coffee R&R.
"Aku rasa sudah semakin gendut sekarang, tidak fit seperti dulu," jawab Erhan lalu duduk bila Lieza meletak secawan kopi di atas meja.
"What GENDUT!!! Ah sir I think you kena ganti cermin you di rumah..badan you fit begini you kata gendut? You ok tak sir?," ujar Lieza terperanjat bila Erhan mengatakan dia sudah gemuk sebab itu dia pergi jogging semula. Apa cermin di rumahnya itu perlu di ganti?
"Kamu lucu sekali Lieza, kan ke aku mahu bertemu dengan so-call Lasindah..jadi aku ingin menyiapkan diri dan mahu kelihatan hebat di matanya ah gitu lor, kamu fikir hanya wanita sahaja yang bisa berdandan dan mencantikkan diri," terang Erhan lalu menangalkan sweat shirt yang di pakainya tadi lalu di campakkan di bawah.
"Oh gitu..boss vain jugak kan! Aku yakin sekali so-call Lasindah pasti tertarik pada wajah kamu boss..ngak perlu stress amat," jawab Lieza tersenyum simpul bila mengetahui akan sebab kenapa Erhan beria-ia pergi jogging semula. Rupa-rupanya mahu impress teman wanita barunya.
"Itu kata kamu..," jawab Erhan bangkit dari sofa lalu menuju kearah kamar mandi ensuitenya.
****
Aku berjalan menuju kearah cubicle lalu menghempaskan punggungku di kerusi. Aku mencapai cermin yang terdapat di mejaku lalu membelek-belek kepalaku yang terhantuk tulang bahu lelaki itu.
Betul apa yang aku sangka terdapat kesan benjolan di kepalaku. Aku sepatutnya minta wang pampasan dari lelaki itu sebab muka aku yang cantik menawan ni sudah tidak cantik lagi kerana ada bejolan tidak enak di mata terdapat di situ. Cet! Hilang seri wajah aku.
"Nah..warm pack!," ujar Salena lalu menghulur ice pack yang sempat di microwave tadi agar ice pack itu bertukar menjadi warm pack untuk ditekapkan di kepala benjol Marsha.
"Thanks!! Nasib baik kau ada warm pack kalau tidak mana aku hendak cari lean meat.., suah sueh ke morning betul..," gerutuku geram lalu menekap warm pack ke tempat yang sakit.
Sebal betul dengan kejadian tadi. Apalah nasib, sudahlah tak berjumpa dengan ED. Boleh terjumpa dengan Mr. Arrogant pulak. Hissh potong betul!
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
Storie d'amoreMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...