Part 4

76 8 3
                                    



"AMBOI senyum sampai ke telinga..apahalnya yang kau happy sangat?? Encik Haiqal beri kau bonus yang kau mintak dari dia ke??," tegur Salena lalu meletak Yami yougurtnya di hadapan.

Marsha kelihatan tersenyum dan berangan sendiri sedari tadi. Apa yang dia angankan? Dia hendak tahu juga. Si Marsha ni penuh dengan imiginasi yang awang-awangan. Maklumlah dia kan 'Hopeless romantic' terkadang tu dia tidak tahu di mana Marsha mendapat idea-idea romantic begitu.

"Kau kata Encik Haiqal beri bonus...lambatlah!," jawabku lalu menjeling.

Encik Haiqal tu ada sikit Bakhil. Tak kan ia lah dia hendak beri aku bonus.

Aku memandang wajah Salena, dan aku tersenyum lagi, bila Salena bertanya kenapa aku kelihatan gembira dan senyum tak sudah-sudah sejak dari pagi tadi.

"Aku dah hantar surat pada Erhan..mesti surat itu sudah sampai padanya semalam," ujarku tersenyum lebar merasa seronok bila dapat membalas surat Erhan dan mengeposnya semalam.

Lepas tulis surat tu aku tangkap gambar petikan surat yang aku tulis. Boleh beri pada Salena, supaya dia dapat membaca isi kandungan surat yang aku balas pada Erhan.

Salena tersedak kecil bila Marsha mengatakan dia sudah membalas surat Erhan. Serious???!! Dia fikir Marsha hanya bergurau bila Marsha mengatakan bahawa dia hendak membalas surat Erhan. Salena tidak menyangka Marsha benar-benar membalas surat Erhan. Apa gila si budak Marsha ni! Tak ada kerja lain yang berfaedah yang boleh dia lakukan selain dari buat kerja mengakal membalas surat orang yang tidak di kenali.

"Huh..!! Kau biar betul?? Kau ni benar-benar gila kan,"

Aku menganggukkan kepala perlahan.

Haha...dia baru tahu ke tahap kegilaan aku?. Ini baru surat, belum bab sesi kenal mengenal lagi.

"Kau rasa si Erhan tu convince ke yang tulis surat tu Lasindah?," tanyaku lalu memandang wajah Salena kerana ingin tahu akan pendapat Salena.

"Eh manalah aku tahu..isi kandungan surat itu pun aku tak baca lagi, macamana aku hendak beri kau pendapat samada dia convince ke tidak??," jawab Salena lalu mengigit sudu plastic yougurtnya.

Aku mencapai Note 10 lalu menekan gallery mencari photo surat yang aku tulis buat Erhan, setelah jumpa aku serahkan Note10ku kepada Salena.

Salena menyambut. Sudu plastic di mulutnya itu di letakkan ke dalam mangkuk yougurt semula. Dia mula membaca surat Marsha dengan tekun.

Salena tidak dapat menahan diri lalu tetawa kecil bila membaca surat Marsha. Betul ke si Marsha ni hantar surat ini kepada Erhan?

"Eh kenapa kau ketawa???," tanyaku hairan bila Salena tiba-tia ketawa sebaik sahaja membaca isi kandung surat yang diberi kepada Erhan.

Lucu ke isi kandungan surat aku tu? Bahasa yang aku guna bahasa jiwa, bab mana yang lucunya?

"Kalau surat ini lah yang kau hantar confirm dia rasa suspicious yang pengirimnya bukan Lasindah," ujar Salena menyerah kembali Note10 kepada Marsha.

"Huh??? Kau biar benar ayat jiwang aku tulis tu..," jawabku merasa tidak puas hati dengan komen Salena mengenai isi kandungan surat yang aku tulis.

Merasa tidak puas hati dengan komen Salena. Aku baca sekali lagi isi kandungan surat yang ku beri pada Erhan. Semua nampak ok je. Tak ada cacat celanya.

"Babe..kau tulis lirik lagu 'Sayang' dari Shae," ujar Salena tetawa lagi.

"Lirik lagu sayang??," tanyaku kerana tidak mengerti maksud Salena. Huh!? bila masa pula aku tulis lirik lagu sayang.

"Ler..tak kan kau tak pernah dengar lagu 'Sayang'...'Sayang apa khabar denganmu..Di sini kumerindukan kamu..Ku harap cintamu tak kan berubah..Karna di sini ku tetap untukmu..," nyanyi Salena.

Aku mengerutkan dahi menafikan bahawa apa yang aku tulis itu adalah lirik lagu 'Sayang'. Masa aku tulis perkataan itu keluar laju saja dari fikiran aku. Masakan aku tulis lirik lagu sayang sepertimana yang Salena katakan. 

"Ler..tak tahu lagi..meh aku nyanyikan korus nya..'Sayang dengarlah permintaanku..Jaga hatimu untukku..Sayang dengarlah bisikan hatiku..Karna ku sayang kamu..oh..oh..oh," nyanyi Salena dengan penuh perasaan dan expresi di wajahnya.

Hatiku menjadi kecut sendiri bila menyedari kebenaran kata-kata Salena.

Semasa aku menulis surat itu memang laju sahaja idea mencurah-curah keluar, sebab masa balik kerja dalam kereta Salena, DJ radio putarkan lagu sayang itu berulang-ulang. Aku memang tidak ambil perhatian langsung akan lagu itu. Tapi oleh kerana selalu di putarkan di radio ia melekat di fikiran aku. Patutlah tangan aku laju saja semasa tulis surat.

Aduh! Kalau yang benar aku tulis lirik Sayang. Tentunya Erhan tahu aku bukan Lasindah. Aduh! Gila amat! Aku menjadi kalut sendiri. Hendak sahaja aku ke pejabat pos mengambil semula surat aku hantar ke Erhan. Namun aku tahu ianya tidak akan berhasil kerana aku percaya surat itu sudah sampai ke tangan Erhan jika pejabat pos efficient dan tidak biarkan suratnya semalaman di pejabat pos.

"Yang benar itu lirik Sayang??," ujarku lalu menarik tangan Salena bila wanita itu habis menyanyi.

Salena menganggukkan kepalanya berkali-kali.

Aduh! Bodoh amat aku ni? Aku percaya Erhan tidak akan membalas surat yang di terima kerana dia tahu si pengirim surat ini bukan Lasindah tapi wanita yang otaknya mereng!

Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now