Part 33

49 6 14
                                    


AKU menarik tangan Salena menuju ke arah lain menuju ke restaurant yang si budak Norman kata ada open mic.

Tidak berapa pasti samada aku berada di tempat yang betul atau tidak, kerana di dalam surat Erhan tidak menyatakan nama tempat itu selain dari Publika dan Jaya One.


Hampir berhari juga aku google dan research tempat yang ada di Publika dan Jaya One, ada tak cafe yang dimaksudkan.


Aku tanya budak-budak kat office mereka semua cakap mungkin 'The Bee' kerana Bee terdapat di Publika dan Jaya One. Dan mengikut saranan mereka. Aku heret Salena ke Jaya One tanpa memberitahu Salena terlebih dahulu akan tujuan aku memilih venue untuk dinner kami di sana.


"Kata nak makan kat Nando's?? Apsal boleh melencong kat sini pulak??," ujar Salena bila kami menuju ke arah lain selain dari restaurant Nando's.


"Aku boringlah makan kat Nando's kita cuba the Bee nak? Budak-budak office cakap burger diaorang sedap!," ujarku lalu tersenyum.


Kalaulah Salena tahu akan plan aku ke sana kerana mahu mencari Erhan pasti berbakul dia maki aku. Ada lebih baiknya aku diam sahaja. Aku melirik ke arah jam di tangan. Wah sudah pukul 8.26 pasti show dah mula. Sebab show start pukul 8 tepat. Restaurant The Bee memang cosy dan deconya aku suka retro sangat.


"Eh ni pub ke restaurant?? Kenapa ada orang nyanyi?," tanya Salena bila terdengar suara orang menyanyi sebaik sahaja kami masuk ke dalam restaurant tersebut.


Boleh tahan ramai juga orang yang datang melihat persembahan mereka. Pasti kenalan dan sahabat handai memberi sokongan kepada mereka.


"Restaurant lah..ntah eh aku pun tak tahu..agaknya ada open mic tak malam ni?," ujarku pura-pura tidak tahu apa yang berlaku.


"Open mic?? Benda alah apa tu? Wah aku suka lagu ni!!..not bad juga kan suara mamat yang nyanyi lagu tu," ujar Salena dengan wajah excited turut terhibur dengan lagu yang di dendangkan. Lagu Firman bertajuk 'Kehilangan'.


Hmm betul kata Salena suara lelaki yang mendendangkan lagu 'kehilangan' itu not bad. Tapi aku tidak berminat ingin tahu siapa yang mendendangkan lagu itu kerana aku lebih fokus ingin tahu siapa Erhan? Buah hatiku itu. Secara tidak langsung aku sudah menjadi stalker Erhan. Apa nak buat. Aku tidak dapat sabar menunggu pertemuan aku dengan Erhan lagi.


Aku memilih meja yang tidak berapa jauh dari tempat mereka membuat persembahan. Aku tidak mengambil perhatian kepada mamat yang membuat persembahan kerana aku sibuk memerhatikan pengunjung-pengunjung lelaki yang berada di restaurant berharap salah seorang dari mereka memiliki kriteria seperti Erhan.


Hati aku benar-benar yakin bahawa Erhan ada malam ini. Tapi bagaimana aku hendak tahu bahawa salah seorang daripada mereka itu adalah Erhan??


"Marsha!," ujar Salena lalu mencuit tangan Marsha.


"Apa?? Kau order dululah ok..," ujarku tanpa menoleh ke arah Salena kerana sibuk mencari Erhan.


Aku perhatikan wajah lelaki yang berada di situ satu persatu. Hai susah betul nak tahu mana satu Erhan. Semua yang ada di situ nampak macam muda belia. Janganlah Erhan awal 20an. Lemah lutut aku jika Erhan muda belia begitu.


"Hei kau cari siapa??? Aku nak kau tengok lelaki yang perform tu!," ujar Salena lalu menepuk lengan Marsha berkali-kali bila Marsha tidak melihat ke arah lelaki yang tengah mendendangkan lagu Firman, malah dia kelihatan sibuk mencari seseorang. Siapa yang dicari dia tidak pasti pula.


Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now