I'M in a crappy mood today. Tak perlu aku jelaskan pada orang yang berada di sekelilingku kerana ianya jelas terpancar di wajahku bahawa aku akan 'murder' sesiapa sahaja yang mendekati aku hari ini.
Deadline untuk cover story ED masih belum dapat aku siapkan sedangkan lagi sebulan sahaja lagi aku harus submit draft full story ED kepada maksu dan juga Mr. Haiqal. Namun satu apa pun aku masih belum buat. Macamana tak crappy mood!!
Aku menarik kerusi lalu duduk. Aku ke bilik Mr. Haiqal kerana aku tidak mahu ke bilik singa betina itu sendirian. Biar paksu backing aku. Dia yang hendak sangat aku cover cerita ED. Biar dia yang menjawab soalan Puan Editor kita.
Mana pula paksu ni? Lambatlah pulak dia masuk office. Si singa betina tu hendak jumpa aku jam 2.30 petang nanti. Sekarang dah nak masuk 2.00 petang. Kalau lambat kena sound dengan Puan Sarah.
Pukul 3.30 petang pula aku hendak menular ke R&R. Berharap benar Eddy ada di R&R hari ini. Rindu pula aku dengan Eddy kerana kami sudah lama tidak bertemu sejak pertemuan kami minggu lepas.
Mungkin Eddy out-station atau sibuk bekerja. Dan kerana Eddy juga membuatkan aku seperti orang tidak siuman cuba mencari siapa Erhan dan menyangka bahawa Azlee itu adalah Erhan.
Aku hendak ceritakan kepada Eddy sekarang aku stress kerana aku masih belum dapat berhubungan dengan penulis misteri itu!
Aduh! Kenapalah kedua-dua lelaki ini susah sangat hendak aku fahami. Kedua-duanya mysterious. Yang satu terlalu private hingga aku tidak dapat sebarang maklumat tentang dirinya. Yang satu mysterious. Hai apalah nasib terpaksa berdepan dengan lelaki-lelaki sebegitu.
Aku mencapai majalah yang berada di atas meja Encik Haiqal terasa bosan pula menunggu lama. Aku terperanjat bila terasa ada sesuatu jatuh ke bawah bila aku menarik majalah tersebut. Aku menjengah bawah meja Mr. Haiqal. Sekeping kertas yang berlipat terjatuh berdekatan dengan kerusi Mr. Haiqal. Aku meletak majalah ke atas meja semula, lalu bangkit dari kerusi menuju ke arah kerusi Mr. Haiqal lalu mencapai kertas yang berlipat itu. Kertas yang berlipat itu aku buka.
Ini artikel ED! Aku pernah terbaca artikelnya keluaran bulan lalu.
"Marsha..apa yang you buat?? Kenapa you usik barang I," ujar Haiqal lalu mencapai kertas beige yang berada di tangan Marsha.
"Mr. Haiqal I tengah baca kan..kenapa you take it from me," ujarku dengan wajah kurang senang. Belum sempat aku baca atau teliti kertas itu sudah di ambil Mr. Haiqal.
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
RomanceMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...