Part 15

61 6 4
                                    



ERHAN mencium haruman sedozen bunga mawar merah jambu segar itu lalu tersenyum. Bunga kegemaran buah hatinya Lasindah. Dia bercadang hendak melamar buah hatinya hari ini. Mereka telah berjanji akan makan malam bersama di restaurant kegemaran Lasindah. Erhan tersenyum gembira, hatinya girang sekali, kerana Lasindah bakal menjadi miliknya. Dia sudah memasang angan-angan hendak mengadakan resepsi gilang gemilang di hari penikahan mereka. Apa yang dimaunya Lasindah, akan ditunaikan kerana dia benar-benar sayang dan cintakan Lasindah.


Langkah Erhan terhenti bila matanya tertancap kepada seorang wanita yang berada tidak jauh darinya bersama dengan seorang pria.


Jantungnya berdegup kencang. Wanita itu mirip Lasindah. Nah mungkin itu Lasindah! Kerana wanita itu kelihatan begitu mesra dengan lelaki itu kayak pacarnya.


Erhan tidak berganjak dan masih berdiri terpaku menanti agar dia dapat melihat dengan jelas akan wajah wanita itu. Seperti diminta, wanita itu menoleh kearahnya sekilas seperti tahu ada orang memerhatikannya. Jambangan bunga dari tangannya terlepas jatuh bila mendapati wanita itu sememangnya Lasindah. Apaan ini semua???


Erhan tidak percaya dengan apa yang dia saksikan. Lasindah cinta hatinya berada di dalam dakapan lelaki lain, bukan itu sahaja mereka kelihatan mesra sekali.


Erhan kenal akan lelaki itu, kerana dia adalah salah seorang pekerja resort ayahnya di Bali dan lelaki itu adalah pekerja yang di tugas kan untuk melayan keluarganya setiap kali mereka datang bercuti di Bali.


Dia tidak menyangka Lasindah punya hubungan sulit dengan lelaki itu. Dari apa yang di lihat, Lasindah amat sayang dan cinta sekali pada lelaki itu. Jadi selama ini Lasindah hanya berpura-pura mencintai dirinya?


Dan selama ini, dia buta tidak dapat melihat bahawa Lasindah hanya berpura-pura dan tidak mencintainya? Erhan menjadi marah bila menyedari bahawa hatinya di permainkan oleh Lasindah kerana selama ini dia benar-benar ikhlas mencintai Lasindah. Dia mengambil jambangan bunga itu dan berlalu pergi, kerana dia tidak mahu Lasindah sedar bahawa dia sudah tahu akan hubungan sulitnya. Dia mahu bersemuka dengan Lasindah dan mahukan penjelasan darinya.


"Eh sayang..udah lama menunggu?? Maaf kelewatan sedikit," tegur Lasindah mesra lalu mengucup pipi Erhan perlahan bila Erhan sudah duduk di meja menantinya. Dia tidak menyangka Erhan datang awal hari ini.


Erhan tersentak bila Lasindah mengucup pipinya. Dia tidak perasan wanita itu sudah tiba dan sudah duduk di hadapannya kerana fikirannya sarat dengan pelbagai soalan yang bakal di ajukan kepada Lasindah.


Wajah cantik milik Lasindah dipandang. Lasindah seperti selalu ketika mereka bertemu. Wanita yang manja. Dan Erhan pasti akan merasa sayang sekali pada Lasindah kerana menyangka wanita itu benar-benar cinta padanya. Jelas sekali Lasindah hanya berpura-pura kasih kepadanya sehingga dia suka pada wanita itu kerana dia menyangka Lasindah mempunyai ciri-ciri wanita yang di cari selama ini cantik ayu dan lemah lembut pertuturannya. Dia tidak menyangka sama sekali Lasindah tidak seperti wanita yang di harapkan.


"Bunga ini untuk aku?? Terima kasih ya sayang, kamu tidak pernah lupa bunga kesukaan aku..," ujar Lasindah lalu tersenyum bila menyedari terdapat sejambak bunga rose merah jambu di atas meja. Jambangan bunga itu di ambil lalu di cium perlahan.

Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now