"NAH ada orang beri kau hadiah..," ujar Ika tersenyum lalu meletak paperbag di hadapan Marsha.
Aku yang sedang sibuk membaca buku tersentak bila Ika tiba-tiba meletak paper bag R&R di atas mejaku. Aku mengerutkan dahi lalu memandang wajahnya hairan. Hadiah? Ada free gift ke? Namun belum sempat menyentuh paperbag itu kerana Azlee terlebih dahulu mencapai dari atas meja lalu membeleknya tanpa di suruh. Aku menjeling bila dia berbuat demikian. Sesuka hati pakcik dia sahaja sentuh barang aku tanpa izin.
"Hadiah??? Dari siapa??," soalku ingin tahu. Yelah nak tahu juga kenapa tertiba aku dapat hadiah!
Siapa pula yang murah hati hendak memberi aku hadiah tidak semena-mena ni? Hari ini bukan hari lahir aku? Dan aku tidak menyertai sebarang contest atau lucky draw dari R&R pun. Bagaimana aku boleh terima hadiah pula.
"Dari tu?," ujar Ika lalu menundingkan jari kearah Mr. Eddy yang sedang duduk leka membaca membaca novelnya dan tidak sedikitpun memandang kearah mereka.
"Eii dari dia..Tak nak!! Beri dia balik!..," jawabku tidak jadi hendak menyentuh paperbag itu, terbantut niatku untuk membuka paperbag R&R bila mengetahui hadiah itu dari siapa? Dari mamat sombong tu? Issk tak nak aku. Apasal beri aku hadiah? Rasa bersalah? Orang sombong macam dia pandai ke rasa bersalah.
"Betul kau tak nak? Issk ambik ajelah Marsha aku pilih cantiknya ada bling-bling..Design limited edition lagi tu?," ujar Ika serba salah bila Marsha tidak mahu menerima pemberian Mr. Eddy. Tak kan dia hendak pulangkan balik kepada Mr. Eddy.
"Kalau gitu kau ambil ajelah..," jawabku acuh tak acuh.
Hati terasa hendak terima juga pemberian lelaki sombong tu. Apa yang dia belikan untuk aku? Hendak tahu juga?
"Hah Ika..ambil aje kalau tak nak, beri balik pada mamat tu cakap Marsha tak sudi terima," jawab Azlee menyampuk cakap Marsha bila mendapati hadiah yang dimaksudkan itu dari lelaki yang dia lihat Marsha bersama tadi. Dia tidak tahu apa yang berlaku di antara mereka. Apa yang dia tahu baju Marsha kotor kerana lelaki itu.
Aku menoleh memandang wajah Azlee dengan wajah kurang senang. Eh mamat ni dahlah datang tak dijemput pulang tak berhantar sibuk pula mencelah dan kepo-kepo hal aku.
Hissh sibuk betul mamat ni! Apa dia tak faham dan tidak mengerti bahawa aku benar-benar sakit hati padanya dan aku belum tentu akan menjadi teman rapatnya lagi. Aku anggap dia hanya teman sekerja aku sahaja tak ada lagi istilah teman rapat lagi. Too late! Inilah kalau orang tak tahu malu kan?
Ala terima aje Marsha pemberian si mamat sombong tu mana tahu si Azlee rasa tercabar bila ada lelaki lain yang meminati aku? Aku mengulum senyum bila memikirkannya. Betul juga kan? Apa si Azlee ingat aku hard-up sangat pada dia ke?
"Err..tak apa Ika aku ambil..cakap dengan mamat tu terima kasih daun keladi ye..," jawabku merubah fikiran lalu mencapai paper bag itu dari tangan Azlee.
Azlee tersentak bila Marsha tiba-tiba berubah fikiran dan menerima pemberian lelaki itu.
YOU ARE READING
Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed)
RomanceMarsha Insyirah seorang journalist di majalah hiburan tidak suka di tugaskan dalam segment fashion kerana cita-citanya mahu menulis segment yang lebih serious lebih kepada biografi seseorang yang terkenal. Marsha merasa teruja bila dia di beri tugas...