Part 22

59 3 6
                                    


SALENA tersentak bila kedengaran pintu kereta di hempas kuat dari luar gate rumah mereka. Marsha sudah balik? Eh awalnya? Belum pukul sepuluh lagi. Dia bingkas bangun dari sofa lalu menuju kearah jendela. Marsha menaiki taxi untuk pulang ke rumah dan bukan di hantar seseorang.


Kenapa Erhan tidak menghantar Marsha pulang. Pelik! Apa jadi dengan date Marsha dengan Erhan? Marsha tidak suka pada Erhan? Kalau suka masakan makan malam mereka terlalu singkat.


Salena kembali kearah sofa bila temannya sudah berada di hadapan pintu. Dia tidak mahu Marsha menyangka dia kepo jadi dia pura-pura tidak sedar bila Marsha pulang dan pura-pura menonton tv.


"Assalamualaikum..," ujarku lemah bila menyedari Salena berada di ruang tamu sedang menonton tv.


"Waalaikumsalam...eh awalnya kau balik! So ceritakan pada aku bagaimana date kau dengan Erhan," ujar Salena excited lalu bangkit dari sofa. Dia mematikan tv lalu mengejar Marsha yang sudah mendaki anak tangga untuk menuju kearah biliknya.


Aku tidak mengendahkan pertanyaan Salena kerana terlalu sedih dan kecewa. Aku masih tidak percaya kenapa Erhan sanggup berbuat begitu terhadap diriku. Membiarkan aku bersendirian di restaurant itu.


Apa tujuannya? Mahu kami bertemu, tapi dia tidak hadirkan diri. Erhan tidak seperti lelaki yang tidak gentleman dan bertanggungjawab.


Jika lelaki seperti Eddy mungkin aku percaya kerana perangai dan sikapnya seperti itu. Tapi Erhan! Aku tidak percaya sama sekali Erhan akan berperangai sedemikian.


Aku membuka pintu bilik lalu menghidupkan lampu. Bag tanganku campak di atas katil lalu merebahkan badanku di atas katil.


"Eh babe? Kenapa ni? Apa yang telah terjadi? Kenapa kau menangis?," ujar Salena dengan nada cemas bila temannya tiba-tiba menangis.


Apa yang telah berlaku ke atas diri Marsha. Astarfirullah Al Azim. Janganlah perkara yang tidak di ingini berlaku ke atas diri teman baiknya. Salena menjadi tidak sedap hati melihat keadaan Marsha.


"Babe! Cakaplah pada aku apa yang telah terjadi?? Kenapa kau sedih sangat, kau jangan buatkan aku risau boleh tak?? Baik kau cakap dengan aku apa si Erhan dah buat kat kau!," ujar Salena dengan nada serious bila Marsha tidak menjawab pertanyaannya malah menangis sahaja.


Aku bangun, lalu duduk bila Salena ingin tahu sebab kenapa aku menangis. Air mataku kesat dengan tangan.


"Dia tak datang jumpa aku!! Itu yang aku geram dan sedih..kau tau tak?? Bangau punya lelaki!! Tak guna!!," ujarku geram lalu membaling bantal Garfield kearah depan.


Sakit hatiku di buatnya. Nasib baik aku pakai simple-simple saja bila hendak berjumpa dengan dia tadi. Kalau aku berdandan sakan, mahu aku sekel kepala dia bila aku jumpa dia nanti?


"Ler..kau ni buat suspen aku ajelah menangis bagai macam orang kena rape ni kenapa? Dia tak jumpa maknanya dia bukan lelaki yang sesuai untuk kau..," marah Salena lalu menepuk lengan Marsha kuat. Dia adalah suspen bukan main bila Marsha tiba-tiba menangis tadi, ingatkan apa-apa berlaku ke atas diri Marsha rupanya nangis sebab Erhan tak tepati janji.

Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now