Part 36

53 6 5
                                    


ERHAN duduk lalu berbaring di atas sofa. Pertemuannya dengan Marsha siang tadi tidak begitu menyenangkan hatinya. Bukan kerana dia sudah jemu pada Marsha tapi kerana dia dapat merasakan Marsha sudah tidak seperti dahulu. Marsha yang dahulunya begitu menyukai Erhan dan cintakan dirinya.



Sekarang dia dapat merasakan bahawa Marsha seakan sudah berubah hati. Walaupun Marsha masih lagi tidak mengetahui siapa dirinya kerana Marsha hanya mengenalinya sebagai Eddy. Dan dia juga tidak berniat untuk memperkenalkan dirinya Erhan kepada Marsha secara mengejut begitu kerana dia tidak mahu Marsha menyangka bahawa dia hanya mahu mempermainkan perasaannya.



Jika dia mahu memperkenalkan dirinya sebagai Erhan, dia sudah berbuat demikian pada malam pertemuan mereka yang pertama. Erhan mengambil keputusan untuk bertemu dengan Marsha sebagai Eddy pada malam itu, kerana dia tidak mahu hubungannya dengan Marsha menjadi keruh. Waktu ketika itu hubungan dia dengan Marsha tidak begitu baik. Malah Marsha mengakui sendiri tidak menyukainya.



Entah bila perasaan suka pada Marsha itu timbul dia tidak pasti. Mungkin kerana mereka kerap bertemu dan kerap berselisih faham membuatkannya secara tidak sedar merasa senang dengan wanita itu. Dan bila dia mengetahui bahawa Marsha itu adalah penyamar Lasindah. Dia mahu wanita itu turut menyukai dirinya dan bukan membencinya. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk berkenalan dan mendekati Marsha sebagai Eddy dan bukannya sebagai Erhan.



Hubungan Eddy dan Marsha bertambah baik manakala dia dapat merasakan perasaan cinta Marsha terhadap diri Erhan sudah semakin berkurangan kerana wanita itu sudah suka pada Eddy.



Ya sudah. Bagaimana caranya untuk Marsha menyintai Erhan dan bukannya Eddy? Tiada bedanya bukan kerana orangnya sama. Tapi bagi aku. Aku mahu Marsha menyintai Erhan sepertimana dia menyintai si pengirim surat yang membuatkan dia jatuh cinta. Marsha sukakan Eddy mungkin juga kerana Eddy seorang pria yang ganteng.



"Hai boss termenung jauh hingga ke bulan..teringatkan siapa?," tegur Lieza bila Erhan tidak sedar dia masuk ke pejabatnya dari tadi kerana lelaki itu kelihatan berkhayal dan sedang memikirkan sesuatu.



"Lieza??..kapan kamu masuk?? Aku tidak dengar pun," ujar Erhan lalu duduk.



"Dari tadi..tengok you sedang baring kat sofa..you tak sihat ke boss?," tanya Lieza lalu meletak fail yang di minta Erhan awal tadi di atas meja Erhan.



"Aku sihat..cuma aku lagi sibuk memikirkan tentang Lasindah," jawab Erhan perlahan.



Dia cuba memikirkan cara untuk membuatkan Marsha cinta kembali pada Erhan. Dia tahu Marsha seorang wanita yang sukakan perkara yang romantis. Dan dia selalunya punya banyak idea sebelum ini, tapi bila tiba pada dirinya dia tidak tahu bagaimana caranya.

Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now