Part 27

48 4 4
                                    

SEJAK dari hari itu, aku dan Eddy selalu sahaja bertemu. Bukan pertemuan yang di rancang akan tetapi kami kerap kali juga terserempak. Jika di R&R memang selalu kerana Eddy pelanggan tetap R&R. Dan aku akan menjadi teman coffeenya bila tiap kali aku ke R&R kerana Eddy akan reservedkan kerusi di hadapannya itu untuk aku.



Haha. Kami sudah menjadi best coffee buddies dan tidak bergaduh seperti dahulu. Ada sahaja bahan kami jadikan cerita. Kami teman tapi mesra, title yang pernah aku berikan kepada Azlee dahulu dan kini aku berikan kepada Eddy.



Kami share same common interest. Kami sama-sama ulat buku. Eddy tidak pernah menceritakan kepada aku tentang dirinya, mungkin dia tidak mahu hubungan kami menjadi complicated dan too personal.



Jadi bila kami berbual dia banyak bertanya tentang diri aku dan tentang lelaki yang aku kenali melalui surat iaitu Erhan. Aku tidak merasa janggal lagi berbual dengannya mengenai hubungan aku dengan Erhan.



"Membetulkan keadaan?? Apa maksudnya dia cuba untuk membetulkan keadaan?," tanya Eddy lalu menoleh kearah Marsha yang duduk di sebelahnya. Cuba memahami akan maksud Erhan mengenai surat kirimannya yang terakhir.



"Entah mungkin dia ada masalah di tempat kerja, stress dan mahu membetulkan keadaan?," jawabku sambil lewa. Aku pun tak tahu sebab aku dah penat nak memikirkan akan maksud Erhan bahawa dia mahu membetulkan keadaan sebelum bertemu denganku. Apa maksudnya?



"Mungkin dia sudah berkahwin dan ada family?," ujar Eddy memikirkan maksud dari surat Erhan.



Aku membesarkan bola mataku bila Eddy berkata demikian dengan pandangan tidak percaya.



"What???!! Tak mustahil bukan? I'm just saying, doesn't mean it's true, I'm sure you ever ask him before if he is married?," ujar Eddy menoleh kearah Marsha lagi. Dia percaya Marsha dan Erhan pasti transparent tentang status mereka. Jika Erhan sudah berkeluarga mana mungkin Marsha mahu mengenalinya.



"Tak..," jawabku perlahan antara dengar dengan tidak.



Harus ke aku tanya pada Erhan? Kalau hendak tanya pun sudah terlambat. Soalan mengakal kan? Buatnya Lasindah kekasih gelap Erhan. Ah naya! Sebab mereka hanya berurusan melalui surat menyurat. No sorts of other contact. Aku mula merasa tidak senang hati bila memikirkan kebenaran kata-kata Eddy tadi.



"Tak!!..Why you didn't ask him??," ujar Eddy dengan wajah terkejut bila Marsha mengatakan dia tidak tahu akan status Erhan.



"Coz surat yang dia beri kepada Lasindah semua bersayang-sayang..so I just assumed Lasindah itu kekasih hatinya," jawabku teragak-agak kerana merasa cemas. Aku main assumed sahaja yang Lasindah itu kekasih Erhan. Buatnya Lasindah itu kekasih gelap Erhan. Ah sudah!



"You should ask him?," ujar Eddy dengan wajah serious lalu bangkit dari kerusi.



"You think I should???," tanyaku lagi turut bangkit dari kerusi.



Hampir sejam lamanya kami meluangkan masa di coffee bean. Pagi sabtu aku jarang bersarapan di rumah aku suka bersarapan di luar kerana aku tidak suka jogging jadi aku hanya mampu berjalan kaki dan menghirup udara pagi yang nyaman dan segar. Dan aku selalu berhenti singgah di coffee bean. Tidak sangka pula Eddy turut berada di coffee bean tadi. Dia yang meminta aku duduk bersama dengannya. Dan seperti selalu aku akan ceritakan kepadanya tentang Erhan.



Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now