Part 37

51 6 4
                                    



AKU mengerutkan dahi bila terpandang akan sampul surat berwarna beige terletak cantik di atas mejaku.



Surat Erhan! Bagaimana surat ini boleh berada di atas mejaku. Aku segera menarik kerusi lalu duduk. Siapa pula yang meletak sampul surat ini di atas mejaku? Aku mencapai surat mendapati address yang tertera di envelope adalah address rumah aku.



"Tak payahlah kau belek sangat surat buah hati kau tu!..macam tak pernah terima surat darinya sebelum ini pulak!," sindir Salena lalu duduk di kerusinya.



"Tak! Macamana surat ni boleh ada kat atas meja aku?? Address yang tertera address rumah!," soalku pelik.



"Heee..sorry..aku lupa nak hendak beri surat ni pada kau 3 hari lepas..tadi masa aku cari kunci laci baru teringat surat kau masih ada lagi pada aku," ujar Salena lalu tersengih merasa bersalah kerana surat itu sudah berada lama di dalam bagnya.



Dia terlupa hendak menyerahkan surat Erhan kepada Marsha tempoh hari.



"Hmm ok!," ujarku sambil lewa.



Tidak sabar hendak membaca surat yang baru aku terima dari Erhan. Apa pula cerita dia kali ini? Untung-untung dia mahu bertemu dengan aku. Uikks!!..tebal pula surat Erhan kali ini lebih dari 3 lembar. Banyak sangat yang hendak dia ceritakan kepadaku agaknya.



Salam Lasindah...


Sayang apa khabar denganmu!..abang harap sayang sihat dan baik-baik aja. Abang rindu amat padamu Lasindah. Abang juga berharap Lasindah begitu juga. Sayang..abang minta maaf kerana masih belum punya peluang untuk bertemu dengan kamu, beri sedikit masa lagi agar abang dapat membetulkan keadaan. Bersabar ye sayang.



Bersabar! Aku sudah cukup bersabar abang! Sabar yang mana lagi abangku!



Abang tidak dapat bertemu dengan sayang, tapi abang mahu sayang ke suatu tempat. Abang berharap sayang punya masa luang.



Aku mengerutkan dahi sebaik sahaja membaca ayat Erhan. Mahu aku ke suatu tempat! Tapi dia tak ada? Apalah masalah si Erhan ni? Apa dia takut berjumpa dengan aku. Apa aku makan orang ke? Geram pula aku dengan Erhan. Sampai bila dia mahu kami berhubungan begini! Aku punya hati dan perasaan juga. Aku mahu meletakkan wajah pada lelaki yang aku cintai. Aku sudah penat berteka-teki lagi.



Awal dahulu memang thrill membalas surat Erhan. Tapi sekarang aku mahu bertemu dengan Erhan. Aku mahu tahu siapa Erhan! Tapi Erhan seakan mengelak dan mahu melengah-lengahkan masa untuk bertemu dengan aku. Hissh letih lah macam ni!

Sayang Apa Khabar Denganmu! (Completed) Where stories live. Discover now