"Ini untuk Jungkook sunbaenim, ya!" Jeritku sebelum meletakkan sebuah bekal makanan ke atas meja receptionist.
Wajah wanita yang masih menanti disitu aku pandang.
"Jieun sunbaenim." Ucapku tatkala aku mengecam wajahnya.
"Ini untuk Jungkook?" Tanyanya.
Aku hanya mengangguk.
Dia tertawa kecil.
"Kau bagi dia makan apa ni?"
Terkedu.
Kelu lidah tatkala mendengarkan persoalannya. Dari sudut mataku, dapat aku lihat jemarinya yang menyentuh bekal itu penuh jijik.
"Jungkook tengah diet. Ambil balik bekal ini."
Aku mengangguk pantas. Tangan aku hulurkan kembali untuk mengambil bekas itu. Sebelum tiba-tiba sahaja ada sebuah tangan lain yang mencapainya.
"Siapa kata?"
Tubuh sang malaikat dunia menghiasi hujung korneaku.
"J-Jeon Jungkook."
Lelaki itu menatap tubuhku yang masih setia disitu.
Hoodie yang menutup kepalaku dia tarik ke bawah.
"Terima kasih untuk bekal ini." Ucapnya sebelum dia berlalu dari kaunter.
Dan aku, hanya mampu tercengang disitu.
Terkejut kerana lelaki itu menyapaku.
-------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun