Dari mula lagi, aku hanya mampu menyembunyikan tubuh kecil ini disebalik dinding tempat mereka berbincang.
Daripada masalah album baru sehinggalah Jungkook tiba-tiba sahaja menyentuh perihal kolaborasinya.
"Kenapa hyung tak bagitahu Jungkook?"
Yoongi tergelak sinis. Bahu Jungkook dia tepuk perlahan.
"Suprise." Balasnya sepatah.
Aku memperketatkan lagi pelukan pada file minit mesyuarat itu.
"Hyung tahu siapa Jieun pada Jungkook. Kenapa buat macam ni?" Tanya Jungkook lagi.
Jauh dalam hatiku, aku mentertawakan keadaan Jungkook yang sekarang ini.
"Kau tak perlu pura-purakan perasaan itu, Jungkook."
Aku mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Jungkook dan Yoongi yang masih 'berbincang'.
"Apa maksud hyung?"
"Kau, tak perlu berbaik dengan Syira. Jangan pernah permainkan perasaan dia hanya kerana kau nak sorokkan hubungan terlarang kau."
"Jungkook tak faham."
Suga tahu?
"Kau tahu Syira ada perasaan pada kau. Tapi kau?"
"Aku harap kau tiada perasaan untuk Syira. Dia. Aku punya."
Yoongi terus berlalu pergi di saat dia menamatkan kata-katanya. Meninggalkan Jungkook yang mati kata.
Air mataku mengalir deras.
Kenapa?
-------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun