18

36 7 0
                                    

Aku memandang wajah Yoongi yang sibuk menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Sunbae..." panggilku perlahan.

Dia tidak menyahut. Malah dia tetap meneruskan sesi makan-makan itu.

Aku mengeluh perlahan.

Aku tahu dia sakit hati dengan apa yang aku lakukan semalam.

Aku tahu aku yang bersalah.

"Sunbae, saya..."

"Habiskan makanan kau. Sekejap lagi nak masuk kerja." Dia memotong kata-kataku tanpa amaran.

Dingin sahaja dia bersuara.

Air mata mula bergenang di tubir mataku.

Aku dah hancurkan perasaan orang yang mengasihi aku hanya kerana seorang lelaki.

Yoongi bangkit dari duduknya menuju ke sinki dapur.

Aku memandangnya sebelum bersuara.

"Look. Saya minta maaf sebab tolak sunbae. Tapi..."

Aku menarik nafas dalam sebelum menyambung.

"Saya sayang dia. Kerana dia, saya sanggup ke sini. Saya sanggup terima segala tohmahan yang dilemparkan." Luahku.

Tangisanku semakin menjadi-jadi.

Kedengaran bunyi mangkuk yang dihempas kuat ke dalam sinki.

Yoongi mengeluh kasar.

Bukan niatnya untuk melihat wanita kecil dihadapannya ini menangis.

Sikit pun takde.

Dia menghampiri tubuh Syira yang sedang teresak.

"Aku maafkan kau. Aku cuma taknak kau terluka sekali lagi."

Aku memandang ke dalam mata Yoongi.

Rasa terima kasih aku lahirkan kepadanya.

"Aku nak kau tahu."

Dia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Aku akan sentiasa ada untuk kau tidak kira apa."

--------

Dah baca jangan lupa vote

[C] ONLY YOU | JJKWhere stories live. Discover now