Yoongi melemparkan lambaian terakhirnya kepada Syira dan Jieun yang mula melangkah memasuki balai pelepasan.
Nafas lega dia lepaskan.
Perginya Syira jauh daripada bumi Korea itu seperti terlepasnya satu beban di bahunya.
Dia kembali melangkah ke kereta yang terpakir dengan tergesa-gesa. Dia bimbang jika keberadaanya di lapangan itu diketahui ramai.
Pedal minyak dia tekan dan kereta melucur laju di atas jalan raya.
Pesanan Syira yang sempat dititipkan semalam ketika dia menelefon kembali berputar.
"Syira harap sunbae lupakan Syira. Anggap Syira tak pernah wujud. Terima kasih sebab selalu risaukan Syira. Untuk apa yang berlaku, Syira tak nak sunbae cari. Biar yang lepas itu lepas."
Air mata mengalir dari tubir pipinya.
Stereng kereta dia hentak kuat.
"Kau bodoh Yoongi! Kau yang bawa dia masuk ke dalam syarikat. Kau yang dekatkan dia dengan Jungkook. Dan akhirnya? Kau yang merana!"
Pedal minyak dia tekan kuat. Tidak dia hiraukan papan tanda had kelajuan yang tercacak di tepi jalan.
Biar kena saman.
Dia ada duit.
Kalau dulu ada Syira tukang penghabis duitnya.
Sekarang Syira dah tiada.
Pada siapa duit itu akan dia habiskan?
"Biar sunbae tanggung perbelanjaan Syira dekat sana."
Kata-kata itu bermain di mindanya.
Pedal minyak dia lepaskan perlahan-lahan.
Jangan. Syira masih perlukan kau, Min Yoongi.
--------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun