Aku menapak masuk ke dalam kondominium persendirian milik Yoongi.
Hoodie yang tersarung, sedaya upaya aku gunakan untuk menutup kesan lebam yang masih berbekas.
Bunyi pintu rumah kembali terkunci menjadi ruang sunyi itu terisi dengan sebuah bunyi.
Dengan perlahan-lahan, aku cuba melangkah ke bilik yang terletak di tingkat atas.
Baru sahaja hendak menapak, suatu suara memanggilku.
"Syira?"
Itu suara Jieun sunbaenim.
Aku terus memantaskan langkah menaiki tangga. Namun kakiku yang menggigil menyebabkan aku terjatuh ke atas tangga.
"Arggghhhh!" Jeritku.
Jieun pantas berlari mendapatkan aku. Nama Yoongi dipanggil menyebabkan lelaki gula kapas itu berlari keluar dari studionya.
"Syira?"
Tubuhku diangkat Yoongi dan dibawa terus ke bilikku. Jieun setia membututi sehingga ke bilikku.
Tubuh diletakkan ke atas katil perlahan.
"Kau pergi mana sayang?" Tanya Jieun lembut. Jemarinya mengusap kepalaku perlahan.
Aku rindu layanan yang lembut ini.
Yoongi mengambil tempat disisiku sebelum tanganku dia capai.
"Syira, kau tak nak cerita apa-apa ke?" Tanya Yoongi. Aku hanya menggeleng.
Lengan baju yang tersinsing menyebabkan kulitku yang terhias dengan contengan biru lebam terpampang. Terus aku tarik lengan itu bimbang Yoongi akan melihatnya.
Aku tak nak lelaki gula kapas ini risau lagi.
Aku dah banyak kali buat dia risau.
Kali ini, biar aku tanggung sendiri.
---------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun