Mata aku buka perlahan. Membiarkan anak mata ini mengadaptasi dengan bilangan cahaya yang masuk ke kornea.
"Yoongi, Syira dah sedar."
Suara Jieun memenuhi ruang kokleaku. Kemudiannya, bunyi tapak kaki seseorang yang berjalan pantas ke arah aku.
"Syira?" Lelaki itu memanggil.
Aku memandangnya dengan penuh pertanyaan.
"Aku dekat mana ni?"
Dan hanya soalan klishe itu yang keluar dari bibirku.
Yoongi mengeluh berat.
"Hospital. Kau pengsan."
"Berapa lama?"
"Tiga hari."
Aku terkedu. Tiga hari. Lamanya.
"Doktor kata kau penat. Tekanan. Kenapa macam tu? Apa yang jadi?"
Aku meneguk air liur.
Mampu lagi tak aku berbohong?
Dan akhirnya sepasang bibir ini mengungkapkan satu lagi penipuan.
"Aku kerja overtime."
Yoongi tergelak sinis. Joeun disisi katil hanya mampu terdiam.
"So, kau dapat lebam-lebam tu pun daripada overtime work kau ke?"
Aku terdiam.
Aku dah terperangkap. Pandangan aku jatuhkan kepada lengan baju hospital tiga suku itu. Lebam kesan libasan dan cengakaman jelas kelihatan.
"Jujur dengan aku, Choi Syira." Pinta Yoongi. Nadanya melirih.
Dan aku memilih untuk berdiam diri.
"Siapa buat kau macam ni?"
Aku menggelengkan kepala.
"Bukan..."
"Apa? Bukan overtime work yang buat kau macam ni. Doktor dah buat check up menyeluruh."
Mataku membulat tatkala mendengar kata-kata Yoongi.
Dia mengeluh lagi.
"Kau kena rogolkan?"
--------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun