Aku dah tarik Yoongi ke dalam masalah ini. Dia tidak patut dipersalahkan.
Yang salah itu aku.
"Senyum sikit." Tegur Yoongi. Aku memandangnya pelik.
Dia memberhentikan langkahnya.
Tubuhku dia pusingkan biar menghadapnya.
"Aku harap kau kekal senyap. Biar aku yang uruskan." Ujar Yoongi.
"Tapi..."
Dia menggeleng perlahan. Rambutku yang jatuh ke dahi dia selitkan ke belakang telinga.
"Aku yang bawa kau ke sana. Biar aku yang selesaikan."
Dia menarik tanganku kembali mengambung langkah ke dalam bilik manager.
Tok...
Tok...
Tok...
Tiga kali ketukan di pintu cukup membuatkan seorang lelaki yang berada di dalamnya bersuara.
Cukup membuatkan aku menggigil tanpa dipinta.
"Masuklah." Ujar suara didalam.
Dan Yoongi menolak pintu itu dan mula melangkah masuk bersamaku.
"Saya harap awak berdua tahu kenapa saya panggil awak berdua ke sini."
Serentak kami mengangguk.
Lelaki berusia dihadapanku mengeluh berat sebelum menyambung.
"Ada sesiapa yang nak jelaskan kepada saya?"
Aku terus terdiam.
Yoongi berdehem sebelum bersuara.
"Itu semua salah faham."
"Salah faham?"
Aku meneguk liur yang terasa pahit itu.
"Dalam keadaan pakaian Syira yang begitu. Dalam keadaan wajah kusutnya itu, dalam keadaan..."
"Biar saya buat pengumuman maaf secara official." Ujar Yoongi memotong kata-kata manager.
Lelaki itu mati kata.
"Lebih banyak persoalan yang akan diutarakan." Beritahu manager.
"Saya akan jujur segalanya."
Aku memandang lelaki kapas ini, tidak mempercayainya.
-------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun