12

49 9 0
                                    

Cahaya daripada tingkap bilik memaksa aku untuk membuka mata.

Wajah kacak lagi bergaya milik Jungkook menerpa kornea mataku.

Bunyi ketukan di pintu semakin lama semakin kuat dan bertalu-talu.

Terus sahaja aku bangkit dari baring menuju ke pintu bilik. Kemeja putih milik Jungkook yang sempat aku capai, aku sarungkan ketubuh.

Tombol pintu aku pulas.

Perkara pertama yang aku nampak ialah wajah Taehyung yang tampak marah. Dan perkara keduanya ialah, wajah Yoongi yang kesedihan.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya sambil menjenguk ke dalam bilik.

Aku hanya terdiam dan tertunduk.

Tanpa membuang masa, tanganku terus ditarik ke ruang tamu oleh Taehyung. Pintu bilik Jungkook ditutup oleh Yoongi.

Tubuhku ditolak jatuh ke atas sofa.

"Auchhh." Aduhku.

Mata melihat ke dalam mata lelaki itu.

Dia memandangku tajam.

"Kau..."

Tangannya naik setinggi kepala. Aku hanya mampu menunduk. Memegang pipi yang dia lempang semalam.

Masih terasa sakitnya sehingga sekarang.

Belum sempat dia mendaratkan tamparan di pipiku, Yoongi mencapai tangannya dan menghentikannya.

"Tae. Jangan. Dia perempuan." Ujar Yoongi lemah.

"Dia rampas Jungkook dari Tae!" Luahnya.

Air mataku mengalir lagi.

"Jungkook masih lelaki. He still have the desire of a man."

"Tapi kenapa perempuan ni?"

Lelaki itu menarik rambutku ke belakang. Membuatkan aku terdongak memandang matanya.

-------

Dah baca jangan lupa vote

[C] ONLY YOU | JJKWhere stories live. Discover now