29

39 6 0
                                    

Mungkin kerana aku lebih takutkan Taehyung berbanding Jungkook, aku mampu menemani Yoongi untuk berurusan dengannya.

Lelaki porcelain itu, ibarat tidak pernah terjadi apa-apa diantara kami, dia bebas berbual dengan Yoongi tanpa merasa kekok.

Aku ingat lagi saat itu. Saat dimana Taehyung mengajaknya untuk menyentuhku namun lelaki porcelain ini sekadar mencium bibirku tanpa perbuatan lain.

Aku masih ingat bisikannya.

Bisikan yang membuatkan aku terus meletakkan harapan untuk aku terus menyukainya.

"Teruskan untuk menyukai aku. Pikat aku untuk diri kau sendiri..."

Jemariku dia genggam kuat.

"...dan bawa aku keluar dari dosa menyakitkan ini."

Dan entah bagaimana, air mataku boleh menitis dihadapan dua lelaki ini.

"Syira? Kau menangis ke?" Tegur Yoongi.

Aku hanya mampu menggeleng dan mengelap air mata itu. Senyuman aku hadiahkan kepadanya.

"Saya pergi toilet sekejap. Sunbae sambunglah bincang dulu."

Kakiku pantas aku aturkan untuk bangkit dari kerusi.

Mata Jungkook yang sedari tadi memandang ke arah meherku kini membulat besar.

Dia nampak lebam itu.

Lebam yang masih belum membaik.

Lebam yang dibuat oleh kekasih dunianya.

Penumbuk dia genggam kuat.

Aku nampak semua itu.

Dan kaki terus melangkah menuju ke pintu bilik.

Namun, sebaik sahaja tanganku memegang tombol pintu, pandanganku menggelap.

Kakiku merasa lemah.

Aku terdorong ke hadapan dan kepalaku terus terhantuk kepada tombol pintu sebelum tubuhku jayuh ke atas lantai.

--------

Dah baca jangan lupa vote

[C] ONLY YOU | JJKWhere stories live. Discover now