Pintu dorm aku tolak perlahan dengan juraian air mata yang tiada henti.
Suasana sunyi tanpa sebarang bunyi.
Suhu yang sejuk menandakan masih ada yang di dorm.
Kaki aku aturkan ke bilik Jungkook.
Wajah Taehyung yang baru keluar dari bilik itu menambah lagi air mataku.
Belum sempat aku menolak pintu itu, Taehyung menarik tanganku.
Belakangku disandarkan ke dinding.
"Kau patut sedar tempat kau."
Aku pandang anak matanya. Dengan pandangan yang kabur, aku membalas.
"Saya sedar. Tapi sunbae dah buat benda yang salah."
Pang!
Satu tamparan maha kuat mendarat di pipiku.
Rahang lelaki itu diketap kuat.
"Jangan kurang ajar."
Aku tersenyum sinis.
Memang semua orang nak sakitkan hati aku ke hati ini?
"Saya cakap perkara sebenar. Saya tak salah."
Lelaki itu mencengkam rahangku ketat. Matanya memerah. Dahinya berkerut.
Sakit hati dengan apa yang aku suarakan.
"Aku dan Jungkook, tiada yang salah. Engkau yang salah sebab kau wujud di sini."
Air mataku mengalir lagi. Kali ini lebih mencurah. Tanpa merasa bersalah, aku terus berlalu ke bilik Yoongi.
-------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun