19

33 7 0
                                    

Dalam melangkah menuju ke bilik tarian, aku hanya mampu mengangguk dan mencatit setiap perkataannya yang keluar dari bibir Yoongi.

Sedang mencatit, tiba-tiba sahaja telefonku bergetar di dalam poket seluar.

Terus sahaja aku mencapai telefon dan membuka pesanan yang masuk.

"Sunbae..." panggilku lambat-lambat.

Langkahku terhenti. Begitu juga langkah Yoongi.

"Apa?"

Telefon ditanganku dia capai.

Artikel yang terpampang di skrin dia baca berulang kali.

Gambar aku yang dikendong olehnya keluar dari kereta bersama sebuah tajuk yang sangat mengejutkan.

"Min Yoongi, rapper terkenal dari BTS membawa pulang skandalnya ke kondominium persendirian."

Aku mengangkat pandanganku.

Wajah sang malaikat dunia menghiasi kornea mataku.

Dia tersenyum sinis.

Disisinya, berdiri seorang lelaki yang sangat aku kenal.

Kim Taehyung.

Jungkook menghampiriku dengan langkah yang menyindir.

"Kau dah dapat apa yang kau nak dari aku dan kau cari lelaki lain?"

Yoongi mengetap rahangnya kuat. Genggaman pada telefon semakin mengetat.

"Kau memang licik, Choi Syira." Lelaki itu, sewenangnya menyindirku.

"Apa yang sunbae cuba sampaikan ni?" Tanyaku.

"Salah ke apa yang aku cakap?"

Aku menarik nafas panjang sebelum membalas.

"Sunbae sendiri yang panggil saya ke bilik sunbae. Sunbae yang dukung saya dari bilik Yoongi. Kenapa..."

Lelaki itu tergelak sinis.

Kali ini, bibirnya merapat ke cuping telingaku.

"You are such a fool, Choi Syira."

--------

Dah baca jangan lupa vote

[C] ONLY YOU | JJKWhere stories live. Discover now