14

43 8 0
                                    

Aku dibawa ke rumah persendirian milik Yoongi.

Lelaki gula kapas ini, sedari tadi langsung tidak menegurku.

Dia hanya membiarkan aku dengan tangisan yang mengalir.

Malah, ketika tiba di ruangan parkir rumahnya juga, lelaki ini langsung tidak membiarkan aku. Dialah yang mendukungku ke dalam rumah serba mewah ini.

Melihat kepada lelaki gula kapas yang terus berlalu ke dapur, aku terus bersuara.

"Sunbae..."

"Kau tenangkanlah diri kau dulu. Aku buatkan sarapan. Baju kau ada dekat bilik biasa."

Suaranya.

Intonasinya.

Dingin.

Aku hanya mampu mengangguk. Kaki terus dibawa ke bilik yang dimaksudkan.

Tanpa ada rasa segan dan silu.

Aku ibarat berada di dalam rumah sendiri.

------

Yoongi melepaskan satu keluhan berat.

Jauh ke dalam fikirannya, dia sibuk memikirkan caranya untuk dia pulihkan kembali hubungannya dan Syira.

Wanita pertama yang mampu buat dia jatuh cinta.

Wanita yang dia kenal sedari kecil.

Wanita yang dia jadikan sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Dia ibarat adik kepadanya.

Tetapi dia inginkan lebih daripada itu.

"Aku sayang kau, Choi Syira. Kenapa kau perlu suka Jungkook? Bukan aku?"

Tangannya ligat memukul telur.

Air mata yang mengalir dibiarkan.

Wajah ceria seorang Syira yang sentiasa mewarnai kehidupannya dahulu menerpa ruang minda.

Kerana wanita itulah, dia mampu menghasilkan beratus-ratus lagi.

Wanita itu inspirasinya.

-------

Dah baca jangan lupa vote

[C] ONLY YOU | JJKWhere stories live. Discover now