"Jieun sunbaenim. Dia taste aku."
Kata-kata lelaki itu masih segar dalam ingatanku.
Melihatkan kepada tubuhku yang tersarung hoodie hitam milik Yoongi ini, hendak dibandingkan dengan tubuh Jieun sunbae.
Bagai langit dengan kerak bumi.
Jauh sekali perbezaannya.
Sambil memikirkan apa yang patut aku lakukan demi mendapatkan Jungkook, aku menolak sebuah pintu studio.
Suara dua orang lelaki sedang bertengkar kedengaran.
Telinga aku tekapkan ke pintu.
"Kau pilih aku atau dia?"
"Mestilah kau. Tapi aku terpaksa tutup rahsia kita. Aku taknak reputasi kita terjejas. Kau kena faham situasi kita sekarang."
Suara Taehyung dan Jungkook menyapa koklea telingaku.
Tiba-tiba bunyi barang yang dihempas ke lantai mengejutkan aku.
"Sampai bila, Jungkook? Sampai bila?"
Suaranya lirih kesedihan.
"Kau tahu kita buat hubungan yang salah."
Dan lelaki itu memujuk yang melirih.
Aku masih setia di hadapan pintu itu, mendengar bicara mereka.
"Apa salah kita? Kita tak minta dilahirkan begini."
Pintu aku tolak kecil. Keadaan Jungkook yang sedang memeluk erat tubuh Taehyung menyapa pandangan mata.
Tatkala itu, baru aku sedar.
Crush aku, seorang gay.
-------
Dah baca jangan lupa vote
YOU ARE READING
[C] ONLY YOU | JJK
FanfictionTerperangkap dalam lembah dosa bukanlah pilihanku. Tapi, apakan daya. Hanya kerana dia, aku menjerat diriku sendiri di sini. Cover by:@pijahjm #1 in leejieun