1

107K 651 8
                                    

Zayn sudah mencecah 24 tahun. Cepat sekali masa berlalu. dia pon sudah menamatkan pengajian di sebuah Universiti. Sekarang kerjanya hanya goyang kaki dirumah. Pening Puan Sri Ziela tengok anak bongsunya itu. Manja pon satu, nakal pon satu juga. Satu je perangai anak bongsunya ini pemalas betul.

Kerja tak mahu, cari girlfriend lagi lah tidak. Seumur hidup Zayn, ibunya tidak pernah mendengar Zayn bercinta atau bertemu janji dengan sesiapa. Hanya belajar dan pulang kerumah sahaja. Paling teruk pon Zayn hanya keluar lepak di kedai makan berdekatan itupon semua kawan lelaki sekolahnya.

"Ma, Zayn nak makan" kata Zayn sambil memicit butang pada alat kawalan permainan video itu. Puan Sri Ziela sudah naik angin, ibunya merampas alat kawalan itu. "mama" rayu Zayn. "tak ada game lagi, cubalah Zayn ni pergi cari kerja takpon tolong syarikat Along dengan Angah ?! sampai bila nak lepak makan je kat rumah" bebel Puan Sri Ziela.

"ma, Zayn bukan tak nak. Zayn cuma nak enjoy sebelum dah start busy kerja ? salah ke ?" soal Zayn. "memang tak salah Zayn tapi sampai bila ?" soal Puan Sri Ziela. "sampai Zayn rasa dah puaslah" kata Zayn. "amboi senangnya cakap, Zayn tahu tak ? dah 3 bulan Zayn macamni. Nak mama bagitahu papa ke ? baik Zayn cari kerja sebelum papa sendiri yang tarik Zayn masuk office" kata Puan Sri Ziela terus kedapur.

Orked Asya

"kau kenapa datang sini ?" soal Asya. "mak aku asyik bising suruh cari kerja" kata Zayn. "memang patut pon. dah graduate tapi tak kerja rugi betul. Untung kau Aysar. kau dapat sambung belajar. Cuba tengok aku ni ? kerja kat kedai makan tepi jalan je tak berpendidikan" kata Asya.

"nanti kalau aku dah buka company. aku ajak kau kerja dengan aku tau sya" kata Zayn. "jangan hanya khabar angin dah lah. aku nak juga rasa gaji besar sikit" kata Asya. "jangan risau lah, kau orang pertama yang bergaji besar kat company aku" kata Zayn. "jangan cakap je ?! kau pergi cari kerja dulu" kata Asya. "okay esok aku mula" kata Zayn.

Zayn Naysar

"apa plan kau ?" soal Zaff. "aku macam nak buka hotel" kata Zayn. "aku tak kesah tapi part hotel ni kau kena tanya Along la dia pakar sikit" kata Zaff. "kalau kau betul2 nak , aku arrange kawasan. tapi kau kena janji untuk kerja betul-betul boleh ?" soal Zach. "boleh along" jawab Zach.

"kau la satu-satunya adik aku yang tak terlibat mafia, if you're ready, tell me. kalau kau dah join. Pengaruh kau besar. Kau tak nak ke Alang ? " soal Zach. "nak long, tapi..." kata Zayn terhenti. "kau nak takut apa ? Along ada Angah ada" kata Zaff.

"sedangkan Papa sendiri yang berpengaruh. Kau tak akan mati katak la Zayn" kata Zach.

Orked Asya

"Sya, start esok aku busy tau. aku tak sempat nak tengok2 kau. kalau kau ada masalah call aku. aku tolong" kata Zayn. "takpelah Aysar, kau buat je kerja kau betul-betul. Aku sentiasa doakan kau" kata Asya. "okay, jaga diri tau sya" kata Zayn lagi.

Zayn masuk kereta mewahnya lalu bergegas pulang. Asya mengelap meja yang telah diduduki pelanggan sebentar tadi. "kau akan berubah aysar bila kau dah senang nanti" kata Asya lap airmata dia lalu sambung bekerja.

9 malam

Asya mengatur langkah pulang ke rumah. Rumahnya sahaja sudah menyedihkan Bumbung yang banyak rosak dan berlubang, dinding rumah juga sudah lusuh dan tertanggal catnya, pintu dan tingkap hampir tertanggal. "Sya dah balik" kata Asya. Ayahnya yang pertengahan umur itu bangun daripada kerusi malas.

"cepat kau balik ye ? mana duit bagi aku cepat" kata Ayahnya. "mana ada duit ayah, belum gaji lagi" kata Asya. "kau jangan tipu aku Sya" kata Ayahnya lagi. "Ya Allah, betul ayah. Sya tak tipu" kata Asya. Beg Asya ayahnya rampas dan jatuhkan barangan dalam beg itu. "ni kau kata tak ada ?!" soal Ayahnya garang.

"itu duit nak buat beli barang dapur rumah kita la ayah" kata Asya. "tapi kau tipu aku tadi kan !" kata Ayahnya lalu tamparan singgah dipipi putih Asya. Ayahnya lalu keluar dari rumah. Asya sudah nangis teresak-esak.

2 tahun kemudian

Asya mengemas almari pakaiannya. Pintu dibuka kasar didengari Asya. Asya bergegas keluar bilik kelihatan Ayahnya sedang terhuyung-hayang. "ayah?!" Asya menghampiri Ayahnya. "ayah mabuk ni ?!" kata Asya memapah ayahnya ke kerusi.

air kosong disuakan ke ayahnya. "kau ikut aku" kata Ayahnya. Asya dengan terpaksa mengikuti ayahnya apabila rambut panjangnya ditarik. Dia mencapai Telefonnya dan segera keluar daripada rumah. "Ayahhh ! ayah nak tarik Asya sampai mana ni ?" soal Asya dalam kesakitan.

"aku nak jual kau, kalau jual kau ni mahal." kata ayahnya. "Tauke" panggil ayah Asya. Asya sudah mendail numbur Zayn tak tahulah lelaki itu berangkat ke tidak. setahunya Zayn sangat sibuk sejak mula bekerja. kedengaran suara garau Zayn dihujung talian tapi dia tak dapat membalas Zayn.

"ni anak saya nak kasi u angkat kerja" kata Ayah Asya. "ni fresh ke tak ?" kata Tauke. "fresh la Tauke. Anak dara lagi" kata Ayah Asya. "you nak angkat berapa ?" soal Ayah Asya. "70K cukup ke ?" soal Tauke. "up sikit la Tauke, anak saya fresh plus cantik tau Tauke" kata Ayah Asya. "okay lah 90K sap sap soi" kata Tauke.

"okay Tauke deal" kata Ayah Asya. "ayah jangan buat Sya macamni ayah" kata Asya.

setelah Asya ditinggalkan Asya dihias oleh seorang perempuan yang sudah bekerja lama disitu. "awak tunggu sini, nanti customer sampai awak layanlah" kata wanita itu. Asya sudah hilang arah. Phone yang tadi dia pegang dia cuba mendail numbur Zayn semula. tak lama lepastu Zayn angkat.

"Aysar... sar" kata Asya dihujung talian. "ye Sya, kau kenapa ni ?" soal Zayn. "tolong aku Aysar !! bapak aku jual aku kat..." panggilan dimatikan apabila satu customer datang bersama kat Tauke. "Ni you punya first customer. dia bayar you mahal punya jangan risau okay. enjoy it" kata Tauke.

Asya sudah gerun melihat lelaki berbadan kurus tapi bertulang besi ini. "cantiknya awak" kata lelaki itu. Lelaki itu menyelak rambut Asya kebelakang. Leher dan tubuh Asya disentuh. Asya sudah menangis ketakutan. Baju Asya ditarik dan dikoyakkan sedikit. separuh badannya terpapar hanya branya sahaja yang tertinggal.

Baru sahaja lelaki itu ingin mencium badan Asya. "kau jangan sentuh dia sial" kata Zayn menarik badan lelaki kurus itu. Tumbukan dilepaskan pada lelaki itu. "aaaysarr" kata Asya.

to be continued

[C] Naysar'sWhere stories live. Discover now