Pagi lagi Asya sudah bangun tetapi pelik suasana pagi itu. Senyap sahaja. Disampingnya juga tiada kelibat suaminya itu. "tak kan dah pergi dah kot" soal Asya pada diri sendiri. Asya bangun dan jengah jendala. Kereta Zayn tiada terparkir. "tak bagitahu aku pon, pergi dah" keluh Asya.
bunyi gegaran telefon kedengaran. Asya menoleh telefon yang berada di meja. Asya mendekat "telefon dia tertinggal ke ?" soal Asya sendiri. Notification yang memaparkan nama Zayn dilihat.
"this is your phone, use wisely. if you need anything call me, this is my number. Sorry for not telling you that im leave so early. take care"
ringkas dan padat pesanan Zayn. Asya sudah mengerut dan membalas pesanan Zayn.
"okay i will, take care too" balas Asya lalu meletakkan telefonnya lalu mandi.
1 week.
Asya sudah tergolek macam orang tak betul kat lantai bila dah bosan teruk. Sekarang dah masuk seminggu Zayn tak balik. dia sendiri pon takde selera nak makan, masak pon tak bila makan sorang-sorang. "aish dia ni tak nak call aku ke ?" marah Asya campak telepon tu atas sofa.
cerita yang best kat televisyen pon tak menarik perhatian dia. dia bukan ada kawan pon lepas dia habis sekolah. Kawan dia satu-satunya masa sekolah dulu Zayn la mana ada orang lain lagi.
Asya sudah menyerabaikan rambutnya bila stress duduk rumah.
Ting tong
bunyi lonceng rumahnya berbunyi. dia pantas ke pintu. "mama" ujarnya. Puan Sri Ziela senyum tengok menantunya yang serabai. "kamu ni kenapa ? rindu ke kat Zayn sampai macamni gayanya" soal Puan Sri Ziela. "tak, mana ada rindu" kata Asya. "jangan tipu mama la" kata Puan sri Ziela
"pergi siap, jom kita keluar" kata Puan Sri Ziela. "betul ke mama, mama macam tahu je Sya bosan duduk rumah" kata Asya. "mamma duduk rumah sehari pon dah bosan apa tah lagi seminggu" kata Puan Sri Ziela.
~
Asya dari tadi membontoti Puan Sri Ziela. "macam mana hubungan kamu dengan Zayn, mama tahu kamu berdua bestfriend. Asya cintakan dia tak ?" soal Puan Sri Ziela secara terus. "ma, jangan la soalkan tentang ni" kata Asya mahu mengelak.
"mama tahu kamu tak dapat terima dia lagi, tapi percayalah Zayn mampu bahagiakan Sya, antara 3 anak lelaki mama. dia lah yang tak menyetan macam abang2 dia" kata Puan Sri Ziela. Asya ketawa.
Home sweet home
Asya masuk rumah, sunyi sahaja rumah itu. Puan Sri Ziela ada juga mengajaknya untuk tinggal bersamanya sementara tunggu Zayn pulang. Tapi Asya sendiri yang tidak mahu kerana tidak mahu menyusahkan wanita itu.
walaupun sudah seminggu Zayn meninggalkan rumah itu, wangian lelaki itu masih segar dalam rumah itu membuatkan Asya sendiri khayal dengan wangian itu. "aku ni rindu dia ke apa ?" soal Asya sendiri
Orked Asya
masuk ni sudah 2 bulan Zayn tidak pulang, tanpa khabar berita. Asya pula sudah naik bingung. Jujur juga dia ada juga perasaan rindu pada lelaki itu. Telefon yang digenggam tadi diangkat dan mencari nombor telefon lelaki itu.
panggilan dibuat. tutt tut
"hello" kedengaran suara garau Zayn dihujung talian. "hello awak" kata Asya teruja mendengar suara suaminya itu. "ye kenapa ? ada masalah ke?" soal Zayn. "tak ada, cuma ..." kata Asya terhenti apabila tak mahu Zayn fikir dia merindui lelaki itu.
"cuma apa sayang ?" soal Zayn. "cuma saya nak tanya bila awak balik" soal Asya. "i thought you tak kesah i balik bila ?" soal Zayn. "bukan macamtu, saya cuma nak tahu awak balik bila boleh saya masak untuk awak" kata Asya.
"i dont know i balik bila, if i rasa nak balik i baliklah" kata Zayn. "oh yeke ? takpelah macamtu. take care" kata Asya dihujung talian. "you too" panggilan dimatikan.
"baik tak payah ada bini kalau tak nak balik rumah" bebel Asya sendiri. Asya sudah stress dia mahukan lelaki itu, hujur dia katakan dia rindu lelaki itu.
Sebulan berlalu
Asya tidur memeluk bantal. Dia mengaru kepalanya. Dia rasakan hangat seluruh tubuhnya. Asya tersedar dari tidurnya. Deruan nafas dilehernya dirasai, Asya sudah gelabah ketakutan. Asya bangun lalu dia menjerit lalu mencari kayu. Dia takut ada perogol bersiri memasuki rumahnya.
beberapa hari lepas dia ada dengar banyak berlaku pencabulan di kawasan rumahnya. Asya lari keluar bilik dan turun tangga deruan kaki itu kuat mengejar Asya dari belakang. Apa yang Asya jumpa cuma la kayu hoki milik suaminya. Belum sempat Asya pukul badan Asya dipeluk.
"hey Sya, this is me Aysar" kata Zayn. Asya sudah melepaskan nafas lega, risau dia kalau betul la tadi perogol bersiri apa yang berlaku, dia betul-betul ketakutan. "lets sleep dah malamni" kata Zayn genggam tangan Asya naik bilik. "bila awak balik?" soal Asya. "Tadi pukul 2 lebih" balas Zayn tolak pintu bilik, lalu baring semula ke katil.
Tangan Asya yang masih dia genggam dia tarik dalam badannya. Rambut Asya dicium dan dibelai. Oleh kerana Asya sangat mengantuk dia tidak mempersoalkan kelakuan Zayn.
Zayn Naysar
Asya bangun dan kelihatan sebelahnya kosong. Adakah cuma mimpi dia semalam yang suami dia balik. Asya bingung dia pergi turun ke bawah untuk minum air. Kelihatan Zayn sedang meneguk air dengan badannya berlumuran peluh.
"Aysar" panggil Asya. Zayn pandang Asya lalu membasuh cawan lalu mendekati Asya. "apa awak buat pagi ni?" soal Asya. "im work out" kata Zayn. Tak semena-mena bibir Zayn, Asya cium membuat Zayn terkejut.
"im sorry" kata Asya berpusing ingin naik bilik. "hey" kata Zayn tarik lengan Asya berpusing mengadapnya semula. "do you miss me ? am i right ?" soal Zayn. "im not" kata Asya. "you kissed me babe" kata Zayn. "tak lah, saya ter..."
"apa sayang ? tercium ? terindu ? tergoda ?" soal Zayn mengejek. "stop it Zayn" balas Asya dengan malu. Sejujurnya Zayn nampak seksi dan menggodakan pada pagi itu. Cukup kuat Aura dominan seorang Zayn Naysar ni.
"saya naik bilik dulu" kata Asya mahu bergerak. Zayn tarik perut Asya dekat dengannya "your husband come back home and you just stay in your bedroom? seriously Orked Asya ?" soal Zayn. "im sorry" balas Asya lepaskan tangan Zayn yang pegang pinggangnya.
"kau minta maaflah sampai mampos! aku ni bukan suami kau pon kan. Cuma kawan baik kau je! sebab tu kau boleh layan aku macamni" marah Zayn.
to be continued