9

31.3K 417 69
                                    

"sya, sampai bila you nak macamni? dah nak masuk 2 bulan dah. you nak terus-terus abaikan i? " soal Zayn. "bagi saya masa Aysar, saya takut" kata Asya. "kalau you ikutkan je apa yang you rasa lama-lama you yang akan sakit. jangan sampai i tawar hati tau Sya, kesabaran i ada limit" kata Zayn hempas pintu bilik mereka berdua

ye, hubungan mereka tak baik sekarang malah menjadi lebih teruk, Asya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan baik. Zayn juga sudah banyak bersabar.

kadang-kadang rasa seperti bujang sahaja dibuatnya. Zayn hanya bersuapkan maggi dengan kopi instant kegemarannya. Siapa yang nak bancuh kopi kalau tak diri sendiri.

Zayn Naysar

"Sya, i nak cakap dengan you sikit" kata Zayn. "ye, cakap je la" balas Asya. "esok i akan pergi, if you're ready i rasa you tahu nak cari i kat mana" kata Zayn. "Aysar, awak nak pergi mana?" soal Asya

"pergi jauh dari pandangan you, you akan tahu kenapa i buat macam ni nanti, then that time jangan you menyesal dengan apa yang you dah buat" kata Zayn.

1 week.

"you okay tak?" soal Adira. "okay je. i cuma terfikir betul ke apa yang i buat ni?" soal Zayn. "you kahwin dengan i Zayn, bukan kita buat benda tak senonoh" kata Adira. "you cakap senanglah" kata Zayn.

"i dont care, yang penting you tu i punya" kata Adira. Zayn hanya diam "i nak balik rumah parents i,  i nak bagitahu. You nak ikut? " soal Zayn. "kalau i datang lepastu kena hentam sebagai perempuan perampas cemana?" kata Adira

"oh you know your label?" kata Zayn. "Zayn!!  you jahat" kata Adira.

Rumah

Zayn masuk nampak mamanya sedang menonton televisyen. "eh anak mama balik" kata Puan Sri Ziela pandang anak bongsunya itu. "ma, Zayn nak bagitahu something" kata Zayn. "nak bagitahu ape? " soal Tuan Sri Rayden Naim datang dari arah tangga.

"Zayn emm tahu yang Zayn buat keputusan terburu-buru tapi Zayn cuma nak tepati janji Zayn" kata Zayn. "apa yang Alang cakap ni?  mama tak faham" soal Puan Sri Ziela. "Zayn pernah janji dengan Adira yang Zayn nak kahwin dengan dia" kata Zayn.

"jadi Alang datang sini untuk minta restu macamtu? " soal Tuan Rayden. "ye pa" balas Zayn. "Asya tahu? " soal Puan Sri Ziela. "Zayn belum bagitahu dia" kata Zayn. "kamu dah besar Zayn, boleh fikir mana baik mana buruk" kata Tuan Rayden ringkas.

"tapi mama dengan papa tak janji boleh datang majlis kamu nanti" kata Tuan Rayden lagi.

Orked Asya

Asya diam sahaja merenung jendela. Hujan mula membasahi permukaan jalan. Badannya mula susut dari hari ke hari. Dah sebulan Zayn pergi tinggalkan dia. Sedangkan dia mahu Zayn ada disisinya menjadi sumber kekuatannya.

tetapi Zayn sendiri yang pergi. Asya diam sahaja walaupon wang perbelanjaan barang dapur selalu Zayn bank in ke akaun banknya dia seperti kosong sahaja hidupnya, "baik aku mati je" ujarnya sendiri.

Asya berjalan ke ruang tamu. kelihatan Ammar sedang mengemas rumah tersebut. "hi Puan, nak makan? "soal pembantu peribadi Zayn yang Sentiasa menjenguk Asya. "mar, boleh tak awak bawak saya jumpa Zayn?" soal Asya. "boleh Puan, tapi Puan kena kemas barang sikit sebab tempatnya jauh" kata Ammar

"okay, esok kita pergi okay? "soal Asya. Ammar angguk lalu matanya menemani langkah Asya naik tangga.

Orked Asya

Asya menggenggam tas tangannya kuat bila dia dah lama tak ke dunia luar, hidupnya banyak disasa kan dengan kerja dan rumah sahaja. "Puan okay?" soal Ammar membawa tiket penerbangan mereka.

"berapa jauh kita pergi ni? "soal Asya. "Tuan ada di Belgium atas soal kerja jadi saya bawa Puan kesana" kata Ammar. "okay" balas Asya.

selepas tidur di pesawat mereka sampai di tanah Belgium, Ammar nampak sahaja seperti naif tetapi bijak dalam berbahasa dengan orang asing. Asya menarik beg rodanya ke sebuah kereta lalu bergerak ke rumah Zayn.

Kereta mewah itu berhenti dihadapan rumah agam tersergam indah di Belgium. Asya turun rumah itu nampak mewah dan classic bertemakan ukiran2 inggeris. Asya masuk mengikuti belakang Ammar.

kelihatan Zayn yang sedang menulis sesuatu di meja kerjanya sehingga tidak perasan orang dihadapannya. kalau pencuri masuk pon rumah dah habis ke sapu pon dia tak sedar.

"maaf ganggu Tuan" kata Ammar pada Zayn. "kau buat apa datang Belgium, aku dah suruh kau tengokkan Asya kan?"soal Zayn mengerutkan dahi tapi masih fokus dengan kerjanya.

"kenapa tak awak sendiri yang tengokkan saya?" soal Asya keluar dari belakang Ammar. Zayn berkerut lalu mendongak terkesima melihat wajah Asya dihadapannya.

"sayang, nah kopi i buat tadi. i belajar dengan pembantu rumah kat sini" kata seorang gadis masuk keruangan bilik tersebut sambil tersenyum kepada Zayn.

To be Continued

[C] Naysar'sWhere stories live. Discover now