Assalamualaikum dan hai guys..
So im back again with another SEVENTEEN ff❤❤❤
So just enjoy...
At SEVENTEEN Dorm...
"Kau bukan sesiapa bagi kami! Jangan ingat aku baik dengan kau depan CARAT, maknanya aku akan baik dengan kau sekarang! Disebabkan kau! Wonwoo hampir mati! Dan disebabkan kau! Nama kumpulan kita hampir busuk!" Ujar Scoups.
Bagaikan ditikam seribu pedang aku hanya mampu menangis lalu membersihkan bubur yang tadi ingin ku suapkan kepadanya, kini bertaburan di lantai dan tangan ku. Kini jelas terlihat birat merah di tanganku kerana bubur yang dicampak tadi masih panas.
"Keluar!!! Aku kata keluar! Kau adalah punca aku sakit! Kalaulah kau datang tepat masa tu! Aku takkan jatuh sakit macam ni! Keluar kau pembawa malang!" Jerit Scoups lagi lalu mencampakkan gelas dan langsung mengenai kepala Jeonghan.
Jeonghan hanya terduduk lalu memegang dahinya yang kini mengeluarkan titisan merah itu lalu memandangi Scoups berharap Scoups sedikit merasakan simpati. Namun, harapannya hanya khayalan, Scoups kini mengambil bantalnya lalu mencampakkannya ke arah Jeonghan dan lagi- lagi Jeonghan menitiskan air mata jernih itu.
"Nde Coups ssi, saya akan keluar daripada bilik anda... Tapi benarkan saya bersihkan kaca dan bubur ni dulu..." Ujar Jeonghan lembut dan Scoups hanya menarik selimutnya dan baring membelakangi Jeonghan.
Jeonghan kembali membersihkan bubur dan mengutip pecahan kaca tersebut. Setelah dirasakan telah bersih segalanya, Jeonghan pun berjalan ke arah pintu dan ingin mencapai tombol pintu itu sebelum ada yang membukanya.
"Coups hyung!" Jerit Dino dan Seungkwan. Dino mendekati Scoups sementara Seungkwan berdiri di hadapan Jeonghan dan memerhatikan Jeonghan atas bawah.
"Mwoya, ndeo?!" Jerit Seungkwan menunjal kepala Jeonghan kasar. Sementara, Jeonghan hanya terdiam dan menerimanya dengan senyuman.
"Mian, Seungkwan ssi... Saya cuma nak berikan bubur ini kepada Scoups..." Ujar Jeonghan dengan suara yang agak menyedihkan kerana sebenarnya dia sedang menahan sebak di dadanya.
"Lalu apa?! Kau ingin membuat lagi seorang hyungku memasuki hospital?!" Jerit Seungkwan marah.
"Seungkwan ssi... Jeongmal aniyo... Saya cuma risaukan dia..." Ujar Jeonghan bersama air matanya yang kini mengalir deras.
"Seungkwan! Berhenti mendekati dia! Kamu akan sakit nanti! Mari sini... Biarkan dia..." Ujar Scoups lembut.
Seungkwan hanya berdecih kesal lalu menghampiri Scoups dengan manja lalu memeluknya erat. Jeonghan yang melihat itu hanya merasakan sakit di hatinya.
Dia akhirnya berjalan keluar meninggalkan bilik yang dulunya tempat dia bermain game bersama orang yang pernah menganggap dia sahabat.
Jeonghan menutup pelan pintu tersebut dan berjalan menuju ke dapur, sebelum dihalang oleh Wonwoo.
Wonwoo menarik tangan Jeonghan, meletakkan mangkuk yang dibawa Jeonghan di atas meja lalu membawanya menuju ke biliknya.
"Wonwoo ah.." Ujar Jeonghan apabila Wonwoo mendudukkan dia di katil lalu membersihkan lukanya.
"Diam dan biar saya uruskan luka ni dulu, hyung..." Ujar Wonwoo tegas namun lembut, membuatkan hati Jeonghan sedikit terharu.
Setelah melekatkan plaster itu, Wonwoo memandangi Jeonghan yang kini hanya menatap lekat dirinya. Wonwoo langsung memalingkan kepalanya ke arah bekas ubat tersebut dan buat- buat seperti dia mengemas peti ubat tersebut lalu...
YOU ARE READING
Please Love Me #Complete
Fanfiction"Hyung cuma pembawa malang untuk kumpulan kita!" Seungkwan "Kenapa kau wujud?!" Scoups "Mianhae sebab wujud... Saya akan meninggalkan kalian nanti.... Tapi sebelum saat tu tiba, please let me stay with you and please give me your love..." Jeonghan ...