Part 5 ( Gwenchana)

313 28 5
                                    

Assalamualaikum dan hai...

Ok let continue to story












Bbam!

Bunyi yang menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. SEVENTEEN yang kini masih menunggu giliran mereka akhirnya terjatuh akibat dentuman sebentar tadi.

"AEDERA!!! GWENCHANA?!" Jerit manager Kim risau.

"NDE!" Jerit SEVENTEEN kecuali seseorang yang kini terbaring tidak berdaya.

"Kajja!" Ujar manager Kim lalu membawa SEVENTEEN menuju ke pintu kecemasan tersebut.

"Satu persatu!" Jerit manager Kim risau.

Akhirnya seorang demi seorang member terjun dan kini tinggallah manager Kim dan Jeonghan.

"Seungkwan!" Jerit manager Kim risau apabila dia melihat salah seorang anak buahnya menghilang, dia cuba berlari ke belakang untuk mencari Seungkwan.

"Hyung terjun!" Ujar Jeonghan.

"Andwae, Seungkwan!" Ujar manager Kim risau bercampur bengang kerana Jeonghan menghalangnya.

Tanpa banyak bicara Jeonghan menarik tali beg payung terjun manager Kim lalu menolak manager Kim keluar dari pesawat itu.

Dengan segera dia berlari ke arah belakang pesawat dan cuba mencari keberadaan adiknya itu.

"SEUNGKWAN AH?!" Jerit Jeonghan semakin panik.

Dan kini dia terlihat adiknya terbaring lemah, tidak berdaya.

"SEUNGKWAN AH!" Jerit Jeonghan terkejut melihat keadaan Seungkwan, dengan segera dia menghampiri tubuh itu dan cuba mengejutkannya.

"Seungkwan, bangun! Bangun!" Jerit Jeonghan risau.

"Hyung..." Lirih Seungkwan lemah.

"Nde, Seungkwan ah... Ini hyung... Gwenchana.." Ujar Jeonghan memeluk tubuh itu. Akhirnya, Jeonghan membantu Seungkwan menuju ke pintu kecemasan dan berdiri di depannya.

"Museoweo..." Ujar Seungkwan takut.

"Gwenchana... Kamu terjun dulu dan hyung akan mengikutimu..." Ujar Jeonghan dan Seungkwan hanya menganggukkan kepalanya.

Walaupun di dalam hatinya membenci Jeonghan tapi di dalam lubuk paling dalam di hatinya, masih ada  rasa sayang sayang dan rindu kepada hyungnya itu.

Dengan kata- kata penenang oleh Jeonghan, Seungkwan memejamkan matanya dan terjun daripada situ dan kini tinggallah Jeonghan yang sedang bersiap sedia untuk terjun sebelum...

Uweekkk... Uweeekk...

Terdengar sayup- sayup tangisan seorang bayi, membuatkan Jeonghan menghentikan langkahnya. Segera Jeonghan mencari punca suara itu dan akhirnya dia menemui seorang bayi di bahagian hadapan kapal.

"Omo?! Aegi!" Ujar Jeonghan lalu mendekati satu baby seat yang mempunyai seorang bayi lelaki di dalamnya.

"Gwenchana... Shussshhh uljima... Hyung takkan tinggalkan kamu... Kajja..." Ujar Jeonghan lalu mengetatkan tali pinggang keselamatan baby seat tersebut dan mencari beg payung terjun yang mungkin ada disediakan.

Namun sayang. Ianya tiada... Dengan segera, Jeonghan menanggalkan beg payungnya dan mengikatkatnya ketat di baby seat tersebut.

Bbam!

Lagi sekali bunyi dentuman kuat kedengaran dan kelihatan api semakin menghampiri ke arahnya.

Jeonghan segera menanggalkan cincin dan rantainya lalu memasukman cincinnya ke dalam tali rantai sebelum memakaikannya kepada bayi tersebut.

Please Love Me #CompleteWhere stories live. Discover now