Keesokkan Paginya ..
Wonwoo telah bersiap - siap untuk pergi pejabat . Dia turun kebawah , dimeja makan tiada sarapan pagi . Dapur tak berasap . Wonwoo mencapai kunci kereta nya di meja dan terus keluar .
Yoon Ji awal lagi dah keluar dari rumah merayap . Duduk dirumah baginya sangat serabut , cukup la matanya sudah bengkak kerana menangis .
Dia seperti biasa , ke Sungai Han juga . Memang disitu tempat dia melepak . Semalam tidur tak lena disebabkan gambar Wonwoo bersama Sora .
Dia memberitahu Jeonghan bahawa berjumpa dengannya dia Sungai Han .
°°°
" sora keluar la "
Eunwoo ketuk pintu bilik Sora . Sora tidak keluar dari bilik dari semalam , risau Eunwoo .
" sora - ssi ! "
Ketuk Eunwoo lagi . Tidak dibuka . Eunwoo menendang pintu bilik Sora dan kelihatan Sora duduk di tepi katil dalam keadaan serabai .
" yah sora - ssi "
" kalau kau dengar cakap aku semua ni dah selesai "
Kata Sora .
" aku tak nak bersubahat lagi , yoon ji tetap tak akan dengar cakap aku "
" wonwoo dah benci aku , dia dengan yoon ji hidup bahagia . kau tahu tak aku sakit ! kenapa aku tak boleh nak rasa semua tu ! "
" kau lupakan je la dia , biar la dia hidup aman . kita dua ni siapa je , sudah la tu "
Kata Eunwoo .
" kalau kau tak nak ikut plan aku tak apa , biar aku yang buat sendiri . sekarang kau keluar ! "
" keluar ! "
Jerit Sora . Eunwoo berlalu pergi meninggalkan Sora .
" ahhhh ! "
Sora membaling barang - barang miliknya . Keadaan bilik nya sekarang bersepah .
°°°
" ada apa yoon nak jumpa oppa ni ? "
Tanya Jeongham duduk di sebelah Yoon Ji .
" yoon rasa nak keluar dari rumah tu , tak tahan sangat dah oppa "
Kata Yoon Ji .
" apa lagi yang dia buat kali ni ? "
" nah "
Yoon Ji menghulurkan telefonnya . Jeonghan melihat gambar tersebut .
" yoon pasti itu wonwoo ? "
" oppa tengok la betul - betul , itu dia . siap berpelukan tak berbaju , yoon malu sangat "
Kata Yoon Ji .
" dia dalam keadaan mabuk , dia tak sedarkan "
" tapi .. "
" yoon , tak rasa ke yeoja ni saja ? satu cara ni boleh buat korang bergaduh dan nak korang cerai "
" maksud oppa ? "
" yeoja ni saja je , dia tahu wonwoo mabuk sebab tu dia buat macam tu . tanya la wonwoo sendiri , oppa percaya wonwoo tak buat benda macam tu "
Kata Jeonghan dan pulangkan semula telefon Yoon Ji .
Mereka berdua teruskan perbualan .
°°°
Wonwoo pulang sebelum jam 9:00 malam , hari ini dia tiba pada jam 8:00 malam . Kerjanya sudah selesai , terasa kepalanya pening itu sebab dia pulang awal .
Wonwoo naik ke atas dan terus merebahkan badannya di atas katil . Dia meraba di sebelahnya , dia rindukan Yoon Ji . Suasana bilik itu sunyi , selalunya Yoon Ji yang suka bising dalam bilik .
Perutnya kosong tidak diisi . Tak larat nak turun semula , lalu dia hanya melelapkan matanya sahaja dengan tidak menukar baju .
°°°
" tanya wonwoo , jangan biarkan ego tu yoon . sampai bila nak macam ni ? sudah - sudah la . oppa yakin wonwoo tak buat semua tu , kalau yoon sayangkan wonwoo maafkan dia "
- Jeonghan .
Yoon Ji teringat kata - kata dari Jeonghan . Susah untuk dia tanya Wonwoo soal gambar tu , takut Wonwoo memarahinya lagi .
Yoon Ji merebahkan badannya di atas katil . Dia rindukan pelukan hangat dari Wonwoo , waktu begini dia bersama dengan Wonwoo . Dia melihat wallpaper gambar Wonwoo di telefon bimbitnya .
Tersenyum - senyum dia melihat . Dengan tiba - tiba air mata keluar , dia mengesatkan air matanya . Kakinya mahu sahaja berjalan pergi ke bilik melihat Wonwoo . Akhirnya Yoon Ji tertidur .
°°°
Wonwoo terjaga dari tidurnya . Dia masih lagi berpakaian baju kemeja putih dan seluar nya yang berwarna hitam . Jam menunjukkan pada pukul 1:00 A.M , dia terasa sunyi . Dia mengambil langkah untuk pergi ke bilik Yoon Ji .
Dia menuju ke arah bilik Yoon Ji , pintu bilik dibuka perlahan . Dia menutup kembali pintu , menuju ke arah Yoon Ji lena tidur . Wonwoo merebahkan badannya di tilam .
Dia memeluk pinggang Yoon Ji , dia menangis perlahan . Tidak mahu Yoon Ji bangun .
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Its Ok Thats Love // Wonwoo ✔
RomancePerkahwinan Wonwoo dan Yoon Ji telah dirancang oleh keluarga mereka sendiri , Yoon Ji yang telah lama belajar di New Zealand . Akhirnya , pulang ke tanah air atas perbincangan hari perkahwinannya bersama Wonwoo . Wonwoo dan Yoon Ji juga tak sedar ya...