2

277 58 12
                                    

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
Coffee or Tea?
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝

Zulaikha yang baru keluar dari restoran yang agak terkenal di kawasan tempat tinggal nya,menarik nafas lega. Akhirnya dapat juga dia keluar dari gerombolan pengunjung yang tidak henti henti datang.

Restoran yang baru dibuka itu beberapa minggu itu sudah mampu menarik minat dengan pelbagai jenis menu yang baharu dan enak. Jadi, berbaloi juga dia kerah tenaga menunggu lama lama di sini.

Bau nasi goreng arab menusuk ke dalam rongga hidung serta merta membuatkan nya lapar. Dia bergegas balik ke rumah. Sudah tidak tahan ingin merasa menu utama di sini. Dah beberapa kali dia dan Fia tidak berpeluang untuk merasa nasi goreng arab ini kerana kesibukan yang memanjang.


Zulaikha senyum kambing mengingatkan reaksi Fia yang semestinya gembira.

Masuk lorong perumahan nya, dia menjadi agak hairan dan pelik melihat beberapa buah kereta polis di hadapan rumah. Jiran di sekeliling juga sibuk meninjau ninjau yang dia yakin adalah rumah yang diduduki dia dan Fia.

Oleh kerana bermacam macan bermain di fikiran, Zulaikha mempercepatkan langkah kakinya.

Baru saja sampai di hadapan pagar, Mak Cik Rosnah yang tinggal di sebelah rumah mereka pantas menarik Zulaikha.

"Kenapa ni mak cik? Kenapa ada polis dekat rumah saya? Apa yang jadi? "

Tanpa menunggu Zulaikha pantas bertanya dengan wajah kebingungan. Dia lihat beberapa orang polis mengari lelaki lelaki berpakaian hitam lalu dibawa ke dalam kereta.

Mak Cik Rosnah mengambil nafas sebelum menerangkan kepada Zulaikha.

"Tadi, mak cik dengan jiran jiran lain terdengar bunyi tembakan. Mak cik pun terus lah keluar bimbang apa apa jadi. Nasib masa tu polis dah sampai. Ada 3 ke 4 orang macam tu pecah masuk dalam rumah kamu.... "

Belum sempat Mak Cik Rosnah menghabiskan kata kata nya, Zulaikha segera masuk ke dalam rumah. Bungkusan nasi goreng tadi sudah dia tidak tahu kemana.

"Fia! "

"Maaf cik, kami tak benarkan kamu masuk" seorang lelaki menghalang Zulaikha.

"Kawan saya encik! "

Zulaikha berkata separuh menjerit. Dia dah tak dapat fikir apa apa selain Fia pada saat ini. Dari dalam dia melihat seorang lagi lelaki mengendong Fia yang terkulai lemah.

"Fia..."

Bunyi siren ambulance kedengaran dan dengan pantas juga Zulaikha berlari ke bilik mencapai bag.


≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Cahaya. Itu yang pertama kali dia lihat. Terang sangat hingga dia terpaksa menutup matanya kembali.

"Fiaa..? "

Zu? Kau ke tu?

Matanya digagahkan juga untuk dibuka walaupun berat. Dia nampak bayang perempuan yang dalam keadaan samar samar.

DIA YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now