5

196 51 25
                                    

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
Once a upon a time
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝

Kuantan, Pahang.

Kereta saga tua milik Pak Cik Ismail memasuki salah satu lorong yang mempunyai papan tanda bewarna hijau. Lorong itu tidak lah sebesar atau sekecil mana tetapi hanya mampu memuatkan sebuah kereta pada satu satu masa.

Di tengah lorong panjang itu, Fia terpaku melihat pemandangan sawah yang menghijau di tingkap sebelah kirinya. Di tengah tengah sawah pula ada beberapa lelaki yang agak berumur mengenakan topi bagi menghalang pancaran matahari sedang menuai hasil tanaman mereka.

Sekumpulan kanak kanak lelaki serta perempuan bermain sehingga lumpur menutupi seluruh wajah dan tubuh badan mereka. Melihat kereta milik Pak Cik Ismail melalui kawasan itu, mereka melambai lambai sambil menjerit jerit memanggil nama bapa Zulaikha.

"Pak cik Ismail!! " walaupun diri dipenuhi lumpur, mereka tetap galak memanggil Pak Cik Ismail di iringi gelak tawa. Pak Cik Ismail mengehon sambil ketawa kecil melihat karenah anak anak kecil itu.

"Budak budak tu memang rapat dengan ayah aku" ucap Zulaikha tanpa dipinta seakan dapat membaca fikiran Fia yang tertanya tanya.

Fia kembali memandang ke luar. Menikmati pemandangan yang indah dan suara ketawa anak anak kecil yang masih lagi galak kedengaran biarpun kereta Pak Cik Ismail sudah semakin menjauh.

"Gembiranya diaorang" ucapnya tanpa sedar. Bibir mungil nya merekah senyuman.

Alangkah bertuahnya jika dia dapat putar balik masa ke zaman kecilnya. Masa itu akan digunakan dengan sebaik boleh bersama kedua orang tuanya. Jika dia tahu, dia tidak akan melepaskan tangan ibunya. Tidak, buat selamanya.

Dahi Afia dikucup lama. Dia memeluk erat tubuh kecil anak nya dan membiarkan air mata yang deras membanjiri pipinya tanpa diseka.

Afia mendongak memandang ibunya. Jemari nya diangkat. Air mata di pipi ibunya dia lap perlahan.

"Ibu sakit? Mari Fia ambil sakit ibu. Ibu tak sakit lagi. Fia dah ambil sakit ibu" Afia yang masih berumur 12 tahun meniup lembut tangan ibunya.

Air mata wanita itu semakin laju berlinangan. Dato Muzidin yang dari tadi menjadi pemerhati turut berkongsi rasa kesedihan itu.

"Ibu minta maaf. Fia jaga diri baik baik. Dengar cakap papa. Belajar rajin rajin " rambut pendek separas bahu itu dia belai.

Afia yang pada masa itu masih di usia mentah sekadar mendengar kata kata ibunya dengan wajah yang penuh kebingungan.

Bunyi hon kedengaran. Tiba masa untuk Zahra pergi. Dia angkut beg yang berada disisi.
Zahra menoleh ke arah Dato Muzidin di belakang.

"Jaga Fia baik baik"

"Ibu! " dengan langkah tergesa gesa Afia mengejar langkah ibu nya hingga dia hampir jatuh tetapi sempat diraih Dato Muzidin. Dia cuba melepaskan diri dari pelukan abah nya.

Dan, dia hanya mampu melihat kereta hitam itu berlalu pergi.

Dalam diam dia menangis lagi. Kali ni dia cuba tahan. Tidak mahu Pak Cik Ismail dan Zulaikha mendengar esak tangisan. Dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk menjadi lebih tabah.

"Memang lah gembira. Yang diaorang tahu main, main, main. Tak payah sesakkan otak dengan masalah. "

Fia angguk kecil. Setuju dengan kata kata Zulaikha. Bila dah masuk alam dewasa barulah kita kenal apa maksud kehidupan.

DIA YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now