4

234 53 19
                                    

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
I told the sky about you
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝


Umar yang masih terjaga sekadar memandang kosong ke atas siling bas. Dia melirik Imran yang enak dibuai mimpi di sebelah.

Dia menolak perlahan bahu Imran kerana dengkuran halus yang kedengaran. Buat malu je berdengkur. Imran yang terjaga dalam keadaan mamai melelapkan mata kembali tidak menghiraukan gangguan Umar. Dia menukar posisi tidur membelakangi Umar.

Melihat Imran tidak makan umpan, Umar kembali memeluk tubuh memandang kosong ke hadapan. Kalau ikutkan hati, dia lebih rela memandu sendiri atau menggunakan lrt daripada bas. Lama juga dia tidak menggunakan kereta nya hingga terbengkalai di rumah.

Nasib baik walid bersetuju untuk menjaga kereta kesayangan nya.

Dia menyenggetkan kepala melihat ke hadapan. Dua orang pemuda yang duduk di hadapan barisan sekali diperhati setiap gerak gerinya.

Lelaki dalam lingkungan 30 an berbadan besar sedang tertidur manakala seorang lagi lelaki dalam lingkungan umur yang sama sedang sibuk bermain permainan video.

Yakin, mereka berdua adalah salah seorang ahli kumpulan jenayah yang telah lama mereka kehendaki.
Umar sengih.

"Pandai kau menyamar ye" bisiknya perlahan. Cukup didengari dia saja.

Dalam sibuk dia memerhati lagak mereka berdua, tiba tiba ada sesuatu yang terjatuh. Bunyinya agak kuat bagi Umar yang hanya duduk tepat di belakang tuan empunya telefon itu.

Dia hanya melihat iPhone X berwarna kelabu gelap yang jatuh terlungkup itu sebelum di capainya. Telefon ditilik yang dia yakini milik seorang perempuan berdasarkan polaroid gambar seorang lelaki berambut blonde di belakang casing nya.

Tanpa melihat wajah gerangan tuan telefon itu, Umar meletakkan kembali di sisi kerusi.

Nasib aku yang duduk dekat sini. Kalau orang lain memang dah tak jumpa lagi dah,cik oii.

Gedebuk..
Bunyi itu kedengaran kembali. Iphone yang diletakkan Umar di sisi kerusi kembali ke lantai bas. Rindu mahu bertemu dengan Umar agaknya. Tanpa banyak soal, dia letak kembali di sisi kerusi.

Selang beberapa saat,
Gedebuk..

"Dia ni biar betul? " Umar membebel sorang sorang.
Memang sengaja nak buang ke apa ni?

Kali ketiga, telefon itu jatuh kembali. Nak tak nak Umar terpaksa ambil dan letak. Dia menunduk dan bergerak perlahan ke tempat duduk empunya telefon itu. Nak tengok sikit muka perempuan tu. Kalau dia masih terjaga boleh lah Umar sound dia sikit.

Umar tergamam sebentar. Wajah gadis empunya telefon itu sangat dekat dengan wajahnya hingga dia dapat rasakan setiap hembusan nafas yang perlahan. Di hujung mata gadis itu, ada tahi lalat kecil seperti titik dakwat pen.

Umar tolak pucuk hidung gadis itu perlahan menjauhi wajahnya. Fia yang dalam keadaan mamai hanya bergerak gerak tetapi tidak membuka matanya.

Wajah mulus itu dia tilik dalam dalam. Seakan terpaku. Mata nya seakan digam. Melekat memandang wajah itu. Dia masih ingat wajah ini.

Gadis yang menelefon talian kecemasan pada malam beberapa hari yang lalu. Gadis kecil yang dia gendong malam itu.

"Tolong saya" bibir mungil itu bergetar dengan tangan tidak lepas menutup kedua belah telinga. Mungkin kali pertama mendengar bunyi tembakan bertalu talu.

DIA YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now