╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
A mother's love endures
through all
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝
Seawal pukul 10 pagi, Umar memunculkan diri di rumah kedua orang tuanya untuk menjemput pulang semula kereta jenama Honda Cr Z yang sudah lama terbiar tidak terusik di dalam garaj walid. Sudah tiba masa untuk kereta kesayangannya itu bermain semula di atas jalan raya.
"Mimpi apa kamu datang awal awal pagi ni, Umar. Nak pergi ke mana mana ke? " tanya walid kehairanan.
Dia cuma memerhati belakang tubuh Umar yang mengenakan baju rona biru tua berlenggan panjang dilipat hingga ke siku. Wangian yang digunakan menusuk rongga hidung tetapi baunya tidaklah terlalu melampau.
Hendak lihat wajah Umar muncul memang payah lah kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Jika tidak bekerja, dia akan menghabiskan masa seorang diri di rumah yang dibeli hasil titik peluhnya sendiri.
Umar yang selesai mengelap sedikit habuk yang agak tebal meliputi cermin keretanya bergerak ke arah walid. Alhamdulliah, keadaan keretanya masih elok, terjaga dengan baik sekali.
"Ada hal sikit walid, nak teman kawan Umar."
"Lelaki ke perempuan?"
Straight to the point,tanpa mukadimah walid bertanya membuatkan Umar terbatuk batuk kecil.Amboi walid, kemain eh.
Umi datang ke arah mereka dua beranak yang sedang duduk santai di gazebo milik keluarga mereka sekaligus membantutkan pertanyaan walid kepada Umar. Umar senyum, menyambut kedatangan umi nya dengan gembira.
Yeayy, penyelamat Umar dah datang !Cuaca pagi itu agak sejuk dan segar lebih lebih lagi sekeliling rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan hijau serta kolam kecil buatan suami dan anaknya.
Dulang yang berisi air kopi dan sepiring kuih dicapai daripada tangan umi. Dia menyisip sedikit air kopi. Enak. Seperti biasa, umi tahu untuk membancuh air yang kena pada lidahnya. Kurang gula.
"Handsome nya anak umi ni. Nak pergi mana?" sapa umi memerhati Umar di hadapan.
"Nak keluar dengan kawan sekejap, mi."
"Kawan lelaki ke perempuan? "
Umar hampir tersedak. Dia batuk kecil sambil meletakkan cawan di atas meja. Mujur tidak terbang cawan itu tadi. Sudahlah kedua dua nya bertanyakan soalan yang sama. Seperti ada telepati yang menghubungkan mereka berdua sahaja.
"Kenapa Umar tengok umi makin kurus ni? Walid buli umi eh?"
Umar membalas pula dengan soalan. Umi yang semakin kurus dan keding dipandang dengan penuh kasih. Jari jemari umi dielus lembut.
"Mana tidak kurusnya, Umar.Makan dan tidur pun dah tak menentu. Suka sangat bila perut tu kosong. Kalau sakit siapa yang susah? Walid jugak. "
Umi pukul paha walid lembut. Ala, pukul manja manja gitu.
"Umi sakit ke?" tanya Umar, risau.
"Umi cuma rindu dengan anak umi sorang ni. Kerja sampai berbulan bulan tak balik, ibu mana tak rindu. Kalau balik pun bukan nak menjenguk umi dekat sini. Tu, sibuk terperap je dalam rumah dia. Umar tu satu satunya anak umi ada. Ibu ibu lain sibuk bermanja dengan anak diaorang umi ni, tengok je muka walid setiap masa. Naik jemu umi tau."
Umi sudah buat muka merajuk dengan muncung mulut itik yang menghiasi wajahnya. Jemari tua itu dipegang.
"Jangan rindu Umar, umi tak akan kuat. Biar Umar saja." Umar berseloroh pula meniru ayat daripada sebuah cerita yang agak terkenal pada masa itu, iaitu Dilan yang kerap ditonton oleh umi bersama walid.
YOU ARE READING
DIA YANG DITAKDIRKAN
RomanceBOOK 1 OF LOVE STORY ━━━━━━━☆☆━━━━━━━ Demi menjayakan satu misi rahsia, Umar yang melakukan penyamaran tidak menyangka dia akan terjebak ke lembah cinta bersama Afia Az Zahra. "Abang janji akan pulang? " "Abang tak dapat janji tapi abang harap Fia...