✉
Who are you?Komander Zahrudin memberikan arahan untuk mengepung lokasi persembunyian penjenayah yang bersembunyi di kampung terpencil itu. Dia tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejut apabila mendengar nama Ruzdi dipetik sebagai salah seorang ahli kumpulan itu.
Umar dan Imran yang berpakaian uniform lengkap mula memasuki lokasi itu di salah sebuah bangunan 3 tingkat yang sudah usang terletak di hujung jalan kampung sekali. Pasukan Komando juga menyelinap dengan senyap dan tangkas yang dibahagikan kepada empat kumpulan patrol masing masing diketuai oleh Sarjan Umar, Inspektor Imran,Asp Rashid dan Inspektor Salim.
Oleh kerana keadaan sekeliling yang dipenuhi hutan belantara dan belukar serta bangunan yang sudah lama ditinggalkan, sudah pasti ia tidak akan mendatangkan kecurigaan dan syak wasangka pada penduduk yang tinggal di sana.
"Setiap komander dan operator, sila lapor diri dengan double klik di kedudukan masing masing. "
Arahan daripada Commander Zahrudin dipatuhi segera.
Click click
"Patrol 1,Tiger ready!"
"Patrol 2,Zeus ready!"
"Patrol 3,Shark ready!"
"Patrol 4,Zash ready!"Para operator senyap. Memberikan tumpuan kepada arahan yang akan diberikan termasuk Umar yang mesti bergerak seiring dengan rancangan mereka. Selaku seorang sniper atau penembak tepat, bila berlaku situasi genting seperti penculikan dan penahanan tebusan, ia memerlukan kepakaran dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah tersebut terutama bagi komando yang terlatih seperti Umar.
Bersedia untuk menggempur.
Setelah mengenal pasti keberadaan anak anak buah nya, arahan untuk masuk ke dalam lokasi itu diberikan melalui walkie talkie.
Five!
Four!
Three!
Two!
One!Screet...
Keadaan di dalam sangat gelap gelita dengan hanya berbantukan suluhan lampu jalan yang melalui celah celah rekahan bangunan itu.
Umar a.k.a Tiger memasuk salah sebuah ruangan di tingkat dua bersama Patrol Zeus manakala patrol yang lain mula menaiki tingkat tiga.
Pintu terkuak, dan muncung PM Accuracy International tidak pernah lepas untuk sentiasa berjaga jaga dengan musuh yang sedang bersembunyi dalam kegelapan.
Di sudut bilik itu, kelihatan tebusan kanak kanak mahupun remaja lelaki serta perempuan yang diikat. Dengan keadaan tubuh yang kurus dan wajah yang cengkung mungkin sudah berhari hari dikurung dan tidak diberikan makanan hanya memandang lesu lelaki asing di hadapan mereka .
Darah darah yang bergelimpangan di atas lantai seperti sudah membeku tanda ada tebusan yang sudah dibunuh untuk penjualan organ nya. Setelah memastikan keadaan lebih selamat, Inspektor Imran a.k.a Zeus perlahan bergerak ke arah mereka untuk untuk memastikan sama ada tebusan itu masih bernyawa atau tidak.
Isyarat diberikan tanda mereka masih bernyawa.
"Don't worry, y'all safe now. "
Rhino dan Couge dengan segera memindahkan tebusan tebusan itu ke tempat yang lebih selamat.
Dum, dum, dum!
Bunyi tembakan yang bertalu talu tiba tiba memecah sunyi di sudut bangunan itu.
"Patrol 1 and 2,cover!"
Rhino segera melepaskan tembakan untuk melindungi tebusan meski dia cedera di bahagian kaki nya.
YOU ARE READING
DIA YANG DITAKDIRKAN
RomanceBOOK 1 OF LOVE STORY ━━━━━━━☆☆━━━━━━━ Demi menjayakan satu misi rahsia, Umar yang melakukan penyamaran tidak menyangka dia akan terjebak ke lembah cinta bersama Afia Az Zahra. "Abang janji akan pulang? " "Abang tak dapat janji tapi abang harap Fia...