14

122 9 4
                                    

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
I to the L to the Y
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝

Kereta pacuan empat roda itu memasuki perkarangan rumah milik Zulaikha. Fia hela nafas. Akhirnya sampai juga dengan selamat. Hati melonjak kegirangan tidak sabar mahu bertemu katil gebunya. Jika dia merebahkan kepalanya di atas bantal, mahu sahaja sudah tertidur sampai tak ingat dunia. Tidur mati, kata orang.

Beg kertas di capai. Sebelum keluar, dia berpaling pada Umar di sebelah. Umar membalas pandangan redup Fia.

"Er terima kasih sudi teman Fia harini. Nanti dah dapat duit, Fia bayar tau."
Dia melarikan anak matanya daripada terus memandang lelaki itu.

Umar ketawa kecil lucu dengan lelucon Fia. Dia bukannya tamak sangat pun pada duit Fia. Hasil titik peluhnya lebih daripada cukup untuk dia seorang. Lagipula, dia sudah lama dia tidak se shopping mall.

Fia senyap. Suara ketawa yang garau itu menusuk lembut ke dalam halwa telinganya.

Dup dap
Eh encik jantung, jangan begini.

"Okay bye!Assalamualaikum." pintu ditolak sebelum dia cepat cepat melangkah masuk ke dalam diperhati Umar dari belakang. Umar mengehon di balas dengan lambaian daripada Fia.

Baru sahaja dia ingin mengeluarkan kunci rumah spare di dalam handbag nya, daun pintu itu terlebih dahulu dikuak dari dalam menyebabkan anak kunci di pegangannya jatuh ke bawah dek kerana terperanjat. Siapa lagi kalau bukan sahabat sejati yang setia menanti untuk misi membawang, Cik Nurul Zulaikha.

"Assalamualaikum." balas Zulaikha seolah olah memerli. Dia tersengih sengih seperti kerang busuk di hadapan.

"Waalaikumusalam. Ish kau ni, lain kali bagilah hint ini tak main terjah je. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama jalan agaknya." Sandal bertapak rata diletak kembali ke dalam rak kasut sebelum Fia menapak masuk ke dalam rumah.

Zulaikha menunjukkan raut wajah yang tidak rasa bersalah langsung. Hanya tersengih menampakkan baris gigi putih yang tersusun rapi hingga buatkan Fia rasa hendak lempang saja muka dua suku itu.

Rumah batu satu tingkat itu agak sunyi. Zulaikha sempat mengkhabarkan bahawa ibu dan ayah nya tiada di rumah. Kalau hujung minggu begini, mereka berdua ringan tulang sama ada pergi ke sawah untuk menuai padi yang telah menguning ataupun singgah ke kebun yang terletak beberapa kilometer daripada rumah mereka.

Walaupun kudrat mereka yang tampak semakin hari semakin tidak cekap seperti dahulu, Mak Cik Semah dan Pak Cik Ismail rajin mengusahakan tanah dua ekar perninggalan orang tua mereka. Hasil buah buahan dan sayur sayuran dijadikan sebagai punca pendapatan di samping wang pencen Pak Cik Ismail yang diterima setiap bulan.

Pak Cik Ismail juga menternak beberapa ekor lembu dan kerbau daripada pelbagai spesis dan baka yang berlainan. Dari wang itulah, mereka mampu membiayai pelajaran Zulaikha hingga ke menara gading.

Zulaikha sedar dia bukanlah daripada keluarga berada yang celik sehaja mata sudah berada di dalam mahligai yang mewah dan besar. Dari hujung rambut hingga hujung kaki pula dikenakan busana mewah yang cantik berkerlipan. Dia hanyalah seorang anak petani yang biasa, dibesarkan di perkampungan yang dipenuhi padi sawah.

Sejak azali lagi, dia mempunyai cita cita untuk menjadi seorang pendidik. Tidak menyangka sahabatnya turut berkongsi impian yang sama dan kini mereka berdua menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

Fia menolak daun pintu lalu merebahkan badan nya di atas katil tanpa menanggalkan tudung yang melilit kepala terlebih dahulu. Zulaikha mengikut dari belakang.

"Jadi, amacam?"

"Apa?"

Fia mengerutkan dahi. Tidak faham. Atau buat buat tak faham.

"First date kau lah."

"Banyak cantik kau punya first date. Aku dengan dia tak ada apa apa okay. Dia cuma bodyguard aku. Faham tak?"

"B.O.D.Y.G.U.A.R.D"

Satu satu abjad dieja oleh Fia. Biar masuk dalam kepala otak Zulaikha tu. Kasi dia hadam fakta bahawa dia dan Umar tidak mempunyai apa apa hubungan. Masakan tidak, mereka baru berjumpa tidak sampai seminggu mana mungkin Fia dan Umar terus bercinta. Hati orang bukan nya kita dapat teka.

"Mulut cakap lain tapi hati cakap lain. Apa orang zaman sekarang panggil, fall in love at first sight. Jatuh cinta pandang pertama kan, kan? Kau jangan nak tipu aku eh. "

Fia mendengus. Malas mahu bertikam lidah dengan Zulaikha yang tidak menunjukkan tanda tanda mahu beralah. Biarlah dia menang asalkan Fia aman.

"Eh, Umar?"

Mendengar nama itu dipetik, Fia mencelikkan mata. Serta merta tawa yang ditahan meletus. Senang hatinya dapat mengenakan Fia. Wajah Fia berubah merah.

"Sah lah kau memang suka dia!"

Bantak di pelukan dibaling ke arah Zulaikha tetapi Zulaikha terlebih dahulu berlari ke dalam biliknya dengan bunyi tawa masih meniti di bibir.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Drap... drap... drap...

Telinga ditajamkan apabila menangkap bunyi sesuatu di luar rumah nya pada hening malam yang sunyi itu. Kedua belah matanya yang tertutup rapat itu tercelik. Dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari sepanjang bertahun tahun menjadi seorang komando, dia yakin itu bunyi tapak kaki seseorang.

Imran sudah balik ke rumah nya beberapa hari yang lalu. Kalau dia hendak singgah pun, mesti akan dikhabarkan terlebih dahulu.

Pisau kerambit yang tersimpan elok itu dicapai. Hanya berbantukan cahaya bulan daripada rekahan dinding, hujung mata pisau itu bercahaya.

Tajam kerambit tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa.

Entah sudah berapa ramai lanun dan komunis terkorban di pisau itu. Entah berapa banyak darah yang menjadi cuciannya. Berkemungkinan ada mangsa baru jika tersilap langkah atau mengancamnya.

Dengan langkah berjaga jaga, pintu biliknya ditolak perlahan. Keadaan di dalam rumah hanya samar samar. Bak mata helang dan tangkas seperti cheetah, dia berjalan tanpa sebarang bunyi dalam gelap. Tidak mahu mengejutkan entiti di luar yang ulang alik di hadapan pintu utama.

Entiti di luar memulas tombol pintu lalu terbuka. Umar yang bersembunyi di tepi menyalahkan kecuaian diri kerana lupa mengunci daun pintu. Buatnya dia tidak terjaga, percuma sahaja nyawanya menjadi taruhan malam itu.

"Assa..."

Dia memeluk tubuh itu dari belakang lalu lengannya dilingkar pada leher orang itu. Kedua belah tangan diangkat lalu dipukul pukul lengan Umar tetapi sedikit pun tidak berganjak. Pisau maha tajam itu sudah melekat di batang leher.

Umar mula meraba, niatnya hendak mencari jika dia membawa alatan tajam seperti pisau. Dia berhenti sejenak apabila merasakan sesuatu yang ganjil. Rangkulan pada tubuh yang hampir tidak dapat bernafas itu dirungkaikan. Dia terduduk terbatuk batuk keras di atas lantai.

Suis lampu ditekan serta merta cahaya mula menghiasi segenap ruang rumah itu.

"Fia?! Fia buat apa dekat sini?!"

Umar terkejut bukan kepalang melihat entiti yang dia sangka penceroboh itu ialah Fia!



Dh baca jangan lupa vote ><

DIA YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now