╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
I'll always remember
this moment, when we both
fall in love
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝
Pak Cik Ismail menyampaikan kejadian yang menimpa Fia kepada Dato Muzidin walaupun Fia telah berpesan awal awal kerana tidak mahu abah nya gusar. Lagipun doktor sendiri sudah mengesahkan yang dia tidak apa apa.Tanpa berlengah, Dato Muzidin bergegas bertolak ke rumah Zulaikha sejurus berita yang dikhabarkan oleh Ismail sampai ke telinga nya. Khuatir akan keselamatan Afia iaitu satu satunya darah daging yang dia ada. Sudahlah ditinggal isteri, kalau anak nya meninggalkan dia juga,agak nya Dato Muzidin akan hilang kewarasan.
"Doktor sendiri dah cakap Fia okay kan. Fia pun rasa Fia okay je ni. Tak ada rasa sakit kat mana mana. "
"Habis tu tak serik serik lagi? "
Puas abah memujuk Fia untuk balik semula ke Kuala Lumpur. Lagi pula Mak Jah, pembantu rumah mereka sejak bertahun tahun dahulu juga masih bekerja di sana. Lebih senang untuk memantau Fia. Zulaikha juga bersetuju dengan cadangan abah nya Fia.
Pak Cik Ismail dan Mak Cik Semah cuma mendiamkan diri tidak menyampuk, memberi ruang untuk mereka dua beranak berbincang.
Dato Muzidin menyilangkan tangan. Susah nak deal dengan Fia yang tampak lembut tapi sebenar nya keras dan degil. Kadang perangai nya boleh berubah mengikut mood nya sendiri.
Lama sudah perangai degil nya tidak muncul. Kali terakhir mereka bergaduh teruk setelah pemergian ibunya. Ketika dia baru berumur 16 tahun, dia rela menyewa bilik hotel daripada tinggal sebumbung dengan abahnya menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri membasuh pinggan mangkuk di kedai mamak.
Katanya pemergian ibunya disebabkan oleh Dato Muzidin. Semua kesalahan yang berlaku diletakkan sepenuhnya di atas pundak abah.
Setelah dipujuk Mak Jah barulah dia mahu pulang. Itupun berhari lama nya terperuk di dalam bilik hingga Dato Muzidin sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.
Perangai nakal Fia semakin menjadi jadi kerana dia mula terjebak dengan masalah disiplin termasuklah ponteng sekolah. Fia juga kerap bergaduh di dalam sekolah mahupun di luar sehingga sudah beberapa kali namanya dihantar ke jabatan pendidikan. Fia pernah dibuang daripada sekolah sekali.
Perangai nya bertambah teruk apabila nenek kesayangannya, iaitu ibu kandung Dato Muzidin meninggal dunia. Dia yang hilang tempat mengadu merasa semakin sedih menanggung lara yang sudah bernanah di dalam hati.
Di sekolah baharu pula, tiada seorang pun yang ingin mendekati Fia kerana sikapnya yang panas baran sehinggalah Zulaikha kerap datang ke rumah mereka , memberi nota pelajaran yang Fia ketinggalan.
Dan dari situ mereka mula rapat hingga Fia yang bermasalah sedikit demi sedikit mula berubah. Kalau tidak kerana Zulaikha, mungkin Fia sudah tidak serupa orang sekarang. Entah ke mana hala tujunya.
"Fia tak nak balik. Fia akan balik bila habis cuti semester. Fia datang sini nak rehat, nak tenangkan fikiran. " sekeras keras nya dia membantah. Muka nya masam seperti jeruk , sama sekali tidak menyetujui cadangan abah nya.
Dato Muzidin khuatir kerana bukan sekali ini sahaja dia ditimpa kejadian yang sama, tetapi dua kali. Kedua dua nya berlaku apabila Fia tidak berada di hadapan mata nya. Dan selagi itulah hati tua nya tidak akan merasa tenang jika Fia masih menjauh.
"Kalau Fia tetap dengan keputusan Fia tak nak balik, abah upah bodyguard untuk jaga Fia. Kalau Fia tak sayangkan nyawa tak apa tapi, abah hanya ada Fia seorang je. Keputusan abah juga muktamad. " bentak Dato Muzidin juga, keras. Kadang, Fia ini tidak boleh diberi muka.
YOU ARE READING
DIA YANG DITAKDIRKAN
RomanceBOOK 1 OF LOVE STORY ━━━━━━━☆☆━━━━━━━ Demi menjayakan satu misi rahsia, Umar yang melakukan penyamaran tidak menyangka dia akan terjebak ke lembah cinta bersama Afia Az Zahra. "Abang janji akan pulang? " "Abang tak dapat janji tapi abang harap Fia...