3

272 55 16
                                    

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
Love is blind, isn't it?
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝


Markas Bridged Utara Ulu Kinta.

"Kanan, kiri, kanan, kiri, kanan, kiri... "

Suara yang gagah bergema dengan lantang sekali. Beberapa lelaki yang mengenakan pakaian seragam yang lengkap berdiri tegak di tengah tengah padang hijau di bawah matahari terik.

Seorang lagi lelaki berkumis dengan wajah yang tegang bercekak pinggang di hadapan mereka.

Seorang lelaki yang lebih kecil tubuhnya berjalan dengan penuh berdisiplin ke arah lelaki berwajah tegang itu lalu memberi tabik hormat.

"Komander dah sampai tuan! " ucap nya cukup didengari lelaki berwajah tegang itu yang diberi nama Imran.

Imran mengarahkan anak anak buahnya untuk meneruskan latihan sambil dipantau oleh seorang lagi sarjan.

Dia memasuki sebuah bilik mesyuarat seluas tapak permainan bola jaring yang mampu menempatkan sejumlah orang yang ramai pada satu satu masa.

Di dalam nya ada beberapa rakan setugas. Masing masing sibuk menatap sesuatu di dalam beberapa kertas di hadapan mereka.

Imran pantas melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah Umar.

"Ada misi rahsia lagi? " tanya Imran sebaik duduk. Kertas kertas bersaiz A4 di hadapan ditilik sepintas lalu.

Umar cuma angguk dengan mata yang masih fokus pada skrin komputer riba. Jari jemari kasar dengan lincah bermain main di atas papan kekunci.

"Nampaknya kau terpaksa tinggalkan bulan madu lagi " Umar menoleh kepada Imran di sebelah yang masih sibuk meneliti fail hitam di hadapannya.

Cuba menyakat Imran yang baru sahaja berkahwin dua minggu yang lalu.

Imran ketawa kecil.
"Nasib aku sempat. Kau tu bila lagi? "

Soalan berbentuk perlian Imran buatkan Umar kelu lidah sebentar. Baru saja dia ingin membahas, Komander Zahrudin terlebih dahulu masuk.

Selamat kau kali ni, Im

Imran hanya memandang ke hadapan tanpa menghiraukan pandangan tajam Umar. Bukan tidak biasa bergurau sebegitu dengan Umar. Baginya gurauan itu masih di tahap yang sangat rendah berbanding dengan kerja kerja bodoh dia pernah lakukan.

Sampai ramai yang tak menyangka Umar dan dia merupakan salah seorang manusia yang berbakti kepada negara lebih lebih lagi nama Umar yang kedengaran agak warak.

Nakal nakal jugak tapi dalam dalam bab bab kerja dan operasi, dia dan Umar bersikap sangat professional.

Plantun yang baharu juga kadang kadang takut untuk mendekati mereka berdua kerana sikap matang dan disiplin yang tinggi ketika dalam operasi.

"Dalam kerja atau setiap operasi aku nak kau semua hormat aku dan yang lain bukan kerana pangkat kami yang lebih tinggi tetapi aku nak kita bersikap lebih professional. Aku bukan orang yang lembut hati sebab aku tak suka orang pijak kepala aku. Aku pun selalu ingatkan diri yang pangkat di bahu aku ni adalah jasa orang bawah. Ingat, di luar kita kawan"

Masih terngiang ngiang kata kata Umar kepada pelatih baharu yang dipilih dalam sesi latihan Komando 69 . Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya.

Itu antara satu hal yang dia amat menghormati dan kagumi pada diri Umar. Sangat matang dalam setiap tutur kata dan perlakuan nya.

Lamunan Imran terhenti apabila suara Komander Zahrudin kedengaran.

DIA YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now