11

132 24 0
                                    

╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
I am better because of
you
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝


"Kenapa awak datang awal sangat? Kan saya suruh ambik pukul 2." getus Fia pada Umar yang tiba awal 2 jam daripada waktu yang dia suruh.

Umar menghantar mesej pada Fia seawal pukul 11 pagi mengatakan dia dalam perjalanan ke sini. Fia yang lengkap berpijama masih ralit berbungkus seperti ular sawa di atas katil segera bersiap ala kadar sahaja.

"Abang ada hal sikit dekat tempat kerja abang. Masuklah, ke nak abang buka kan pintu juga?" Umar yang berura ura hendak membuka pintu di sebelah pemandu di halang oleh Fia.

"Tak payah."

Dia yang terlebih dahulu memegang pintu, pantas masuk tidak menunggu Umar susah payah bukakan untuk dia. Lagipun dia ada tangan yang sempurna dikurniakan sejak lahir.

Bukan apa, Zulaikha si kaki busybody sedang mengintai mereka berdua di balik tingkap. Hm, terpaksa lah tebalkan telinga menghadap usikan Zulaikha bila balik nanti.

Enjin dihidupkan sebelum kereta pacuan empat roda itu perlahan beredar.

Keadaan di dalam kereta Umar sunyi sepi hanyalah ditemani lagu yang berkumandang daripada corong radio. Lagu See You Again dendangan seorang penyanyi Barat iaitu Charlie Puth, merupakan idola yang sangat diminati oleh Fia hingga setiap sudut biliknya tertampal poster setiap inci wajah lelaki itu.

Sempat Fia mengelus dengan mata yang redup memandang dengan penuh kasih sayang pada polaroid Charlie Puth di belakang telefonnya.

Oh, sayang!

Bibir mungil Fia bergerak perlahan menyanyikan setiap bait bait lirik lagunya. Dan perlahan kepalanya juga teranguk anguk kecil mengikut rentak lagu itu.

"Bismillah.... "

Fia pantas menoleh Umar yang dengan tidak serba salahnya menukar siaran radio.

Oh tidak, Charlie Puth saya!

Umar membalas pandangan tajam Fia yang menikam wajahnya sebelum memalingkan semula kepalanya ke hadapan.

"Kan lebih baik kalau telinga kita dengar ayat ayat suci macam ni. Ikut setiap bacaan nya. Dapat juga pahala." Umar bersuara lembut sambil memandang ke hadapan. Dia tersengih suka melihat riak Fia berubah menjadi kelat. Sukanya mengusik Fia kan!

"Awak ni kan memang nak.. "

"Abang. " Umar memintas kata kata Fia.

"Awak memang... "

"Abang."

"Awak err abang aaahh whatever lah!"
Mengalah, Fia memalingkan wajahnya, lebih rela memandang luar tingkap daripada wajah Umar yang sangat menjengkalkan hati Fia. Ish, geramnya!

Tidak lama kemudian, lagu Charlie Puth berkumandang semula di corong radio. Dalam diam Fia senyum bangga. Tanda kemenangan.

Tau takut!

Pandangan nya jatuh pada satu kayu kecil yang diikat di cermin pandang belakang. Ada satu ukiran halus dan cantik sekali di atasnya yang menarik perhatian Fia.

"Siapa Baby?" pertanyaan meletus keluar daripada mulut Fia. Jemari runcingnya mengikuti setiap sudut ukuran itu.

"Oh lupa nak kenalkan. Ini Baby."
Umar menepuk dashboard nya beberapa kali.

"Baby tu kereta?"

Umar angguk tanpa ragu ragu. Fia ketawa.

"Abang ni dah lama sangat single ke? Ke tak pernah bercinta sebelum ni sampai membabykan kereta?"

DIA YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now