╔═════ ∘◦ ✾ ◦∘ ══════╗
I never believe in fall
in love at first sight
until I met you
╚═════ ∘◦ ❈ ◦∘ ══════╝
Umar senyum sorang sorang. Geli hati mengingatkan Fia yang membawa dia untuk bertemu dengan abahnya. Fia juga sempat memperkenalkan dia sebagai bodyguard baru Fia."Kenalkan ini Umar, bodyguard Fia."
Dia punyalah terlalu nervous hendak bertentang dua mata dengan Dato Muzidin. Gamaknya seperti hendak masuk meminang anak dara orang.
"Tolong jaga anak pak cik baik baik."
"Kau dah kenapa senyum sorang sorang?"
Imran yang baru keluar dari bilik bertanya. Dia pandang Umar yang tidak berhenti tersengih sengih sambil mata tak lepas dari memandang skrin telefonnya.Entah jembalang senyum mana yang merasuk Umar. Macam angau pun ada lagaknya.
"Kau dah nak balik?" balas Umar tidak menghiraukan Imran yang menyindir.
"Haah, orang rumah dari tadi dok telefon." balas Imran merujuk pada isterinya yang tidak henti henti membebel, menyuruh Imran untuk pulang dengan segera apabila mereka telah diberikan cuti.
Mungkin sudah terlalu rindu pada sang suami yang sudah berminggu minggu lamanya bertugas di luar. Baru sebulan meniti bahtera perkahwinan, Imran sudah dihantar melakukan operasi.
Benar lah kata orang, kahwin dengan polis bermakna kahwin dengan negara.
Hendak menelefon pula ada masa kerana biasanya peranti mereka mesti dimatikan dan ditinggalkan di dalam loker. Kadang kadang, Umar akan meninggalkan telefon nya di rumah, lagi pula dia tiada isteri untuk menelefon nya setiap hari. Mujur walid dan umi faham akan skop kerjanya.
"Kalau itu yang sudah ditetapkan, Umar redha."
Umi sendiri mengerti, siap sedia untuk menerima segala kemungkinan yang sudah pastinya akan meruntunkan hati tuanya tatkala satu satunya darah daging yang dia ada membuat keputusan, memilih untuk melangkah ke sana. Redha jika syahid yang diimpikan Umar.
Imran bergerak ke pintu utama diikuti dari Umar dari belakang.
"Kau tak balik ke? Tak rindu dengan walid dengan umi kau? Stay dekat sini buat apa?"
Sneakers bewarna hitam putih di atas rak kasut dicapai.
"Aku ada hal sikit nak settle. Lagipun, aku tak nak balik kerap sangat. Kau pun tahu kan macam mana perangai umi aku tu. Lebih lebih lagi bila aku nak pergi jauh. Aku nak bagi walid dengan umi aku rasa terbiasa bila aku dah tak ada."
Imran pandang wajah Umar. Tidak pernah dia ketemu lelaki seperti Umar. Kalau boleh, manusia sentiasa ingin lari dari sesuatu yang namanya kematian tetapi Umar sudah siap sedia sama ada dari segi mental dan fizikal, percaya yang bila bila masa sahaja dia boleh terkorban medan perperangan.
Ya, memang dia akui Umar agak misteri dan seorang yang sangat berahsia lebih lebih mengenai hati dan perasaan nya. Dua benda alah itu memang jarang sekali dia hendak ceritakan pada orang. Selalu nya dia pendam sendiri sampai bernanah membusuk di dalam hatinya.
Selalu juga dia mendengar khabar angin daripada junior junior mereka yang bercerita di belakang, mengatakan Umar seorang agak menakutkan dan sombong kerana wajahnya yang sentiasa tegang dan sikap nya yang agak tegas.
Don't judge book by its cover.
"Kalau kau kenal dia betul betul, nescaya kau akan mati dengan gurauan dia."
YOU ARE READING
DIA YANG DITAKDIRKAN
RomanceBOOK 1 OF LOVE STORY ━━━━━━━☆☆━━━━━━━ Demi menjayakan satu misi rahsia, Umar yang melakukan penyamaran tidak menyangka dia akan terjebak ke lembah cinta bersama Afia Az Zahra. "Abang janji akan pulang? " "Abang tak dapat janji tapi abang harap Fia...