3

75 9 20
                                    

"I'm home!!! Byung where are you? Aku bawa kawan kau balik ni" Byungchan muncul dari dapur "kawan aku? yang mana pula? kau kenal ke kawan aku?" tanya Byungchan.

"Ni haa kan sama spesies dengan kau. Zirafah. Kan dua dua tinggi" jawab Sona sambil berjalan menaiki tangga untuk masuk biliknya.

"Weyh Soobin rindunya aku dekat kau!!! Lama takjumpa. Ni dah lama takjumpa ni dah ada girlfriend ke belum?" Byungchan melepaskan pelukannya.

Soobin pula tercungap cungap mencari udara kerana pelukan Byungchan teramatlah ketat hahahaha

"Hyung. Bab girlfriend girlfriend jangan sentuh ehh. Kita ni adalah nak dekat orang tu tapi orang tu pandang kita pon tak" adu Soobin. Byungchan hanya mengangguk tanda faham.

"dahlah. Kau takpayah nak fikir sangat. Kau tengok Sona aku tu, bahagia je dah 19 tahun single walaupun dulu masa sekolah rendah selalu dapat susu dengan roti. Dia taktahu pon siapa yang bagi. Dia cuma makan sebab dia suka makan. Bukan sebab dia terima orang yang bagi tu hahahaha"

"Jangan nak samakan aku dengan Sona ehh. Dia perempuan, aku lelaki. Kawan aku yang lelaki semua dah ada. Aku je belum" keluh Soobin.

Byungchan hanya menggeleng "haa kau datang sini kenapa? ni mesti kes taknak jaga adik kan?"

Soobin menjawab "nak jaga apa? dia dah besar cuma aku taksuka lah kalau aku nak tidur mesti dia bising"

Byungchan menggeleng sekali lagi.

"ish ish ish. dahlah jom makan lepastu teman aku main game. Kesian aku setiap hari sorang. Sona tu kau tahukan macam mana? Antisosial habis. Sepupu sendiri pon taktahu. Yang dia tahu family kau jelah. Takmacam aku, peramah, handsome, berbudi bahasa, indah akh--… WOI AKU TAKHABIS PUJI DIRI SENDIRI LAGI NI" jerit Byungchan kepada Soobin yang berjalan pergi dapur.

Soobin dah biasa dengan mereka. Tu yang dia buat macam rumah sendiri hahahaha

°°°°°

Sunwoo keluar dari biliknya kerana perutnya sedang mengadakan concert.

Sedang sibuk memasak ramyeon, dia terdengar pintu rumah ditutup. Mesti abangnya, Jungwoo.

"Seono masak apa tu?" tanya Jungwoo yang baru masuk dapur.

"masak ramyeon je ni. Tiba tiba rasa lapar. Hyung nak?" pelawa Sunwoo. Jungwoo hanya mengangguk.

"How your first day at school?" Sunwoo memandang abangnya yang focus makan.

"Okay je. Macam biasa. Kawan pon ada cuma creakhead sikit pastu banyak cakap"

"Heh okaylah tu sesuai dengan seono. Haa lepastu balik tadi dengan siapa?" tanya Jungwoo lagi.

"Mula mula tadi sorang lepastu terserempak dengan si becok tu then jalan sama sama. Lagipon rumah diorang kat area sini je. Hyung takyah lah risau sangat. Pergi sekolah tu seono boleh je jalan kaki. Takdelah hyung masuk lambat nanti" Jungwoo hanya tersenyum.

"Hyung.. ingat tak perempuan yang seono pernah cerita tu?" Jungwoo mengerut "yang mana satu?"

"ish seono pernah cerita satu perempuan je kan?" tanya Sunwoo kepada abangnya yang masih lagi berfikir.

friendsWhere stories live. Discover now