"Rin betul ke nak kerja ni?" tanya Seungyoun kepada Sinrin yang sedang membasuh cawan.
"Iye betul. Takkan Rin nak tipu pula" jawab Sinrin.
"Okay siapa je join?"
"Hmm taktahulah yang pasti Jeno ngan Seomin. Yang lain unknown"
Seungyoun mengangguk faham. Dia berfikir sejenak "boleh tapi ada syaratnya"
Sinrin sudah tersenyum bahagia.
"Syaratnya, jangan bercinta centon ketika sedang kerja. Faham?"
Sinrin mengangguk laju dan terus memeluk Seungyoun tanda berterima kasih lalu berlari masuk ke bilik.
Seungyoun menggeleng melihat adiknya. Perangai takpernah berubah. Asal dapat benda yang dia nak, mesti akan teruja.
Takpe. Yang penting adiknya bahagia. Dia tidak mahu melihat adiknya bersedih seperti dahulu. Cukuplah dia kesunyian selama 4 bulan.
Itu benda yang paling dia benci bila adik dia mula bersendirian. Dia teramat sunyi. Tiada tempat bergurau, bercerita, mendengar cerita dan macam macam lagi.
Tanpa dia sedari, air matanya mengalir. Terus dia kesat menggunakan tangan dan tersenyum. Dia takmahu menunjukkan kesedihannya.
Tapi dia tak perasan yang Sinrin mengintainya. Niat Sinrin yang hendak mengambil beberapa snacks terus terbatal apabila melihat abangnya menangis.
Jarang sekali mahu melihat abangnya menangis. Dia sudah tahu mengapa abangnya menangis. Dia juga turut mengeluarkan air mata dan terus masuk bilik buat kali kedua.
Sinrin duduk di atas katil. Dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan lagi mengulang perangai lama dia.
Dia tidak mahu melihat orang sekeliling sedih kerananya. Biarlah dia sahaja yang merasa kesedihan itu.
°°°°°
Seungwoo yang mendengar jeritan Seomin terus berlari memasuki bilik Seomin yang tidak tertutup itu.
"Min kenapa ni jerit jerit? Ada tapir masuk ke?" tanya Seungwoo termengah mengah.
"Ish apa benda tapir pula. Ni haa Min dapat good news" jawab Seomin tersenyum manis.
"Apa yang good sangat tu? Cer citer kat oppa"
"Min dah dapat kerja oh yes"
Seungwoo memandang adiknya pelik. Sejak bila adiknya cari kerja.
"Kerja apa?"
"Seungyoun oppa punya cafe. Min jadi cleaner pon takpe yang penting ada kerja. Takdelah bosan nanti bila tunggu tawaran belajar" jawab Seomin.
"Bilik sendiri pon takkemas, ada hati nak jadi cleaner"
"Elok sikit ehh. Ni seni okay seni. Oppa mana tahu apa apa" jawab Seomin angkuh.
"Amboi sedap je kau cakap aku taktahu apa apa pasal seni. Lukisan kat dinding rumah ni oppa yang pilih tau. Jangan main main. Ingat oppa takboleh bezakan ke seni dengan sepah? hahahaha" Seungwoo juga tidak mahu kalah.
"excuse me? sepah? cakap pakai otak ehh. This is my taste. Jangan berani nak memperlekehkan I punya cita rasa okay" kata Seomin sambil berpelu tubuh dan menjeling Seungwoo.
"Tah papelah cita rasanya. Pelik pelik je ee" kat Seungwoo dan berjalan keluar bilik.
"okaylah dari oppa punya, macam orang tua euww not my taste" kata Seomin dan terus menutup pintu biliknya.