22

35 6 7
                                    

"Kau tahu tak? Kitorang dah tunggu korang dekat satu jam. Korang cakap lagi 3 minit lagi 3 minit. Dalam mimpi jelah 3 minit" marah Sinrin kepada Taerin dan Renmi.

"Apa dehh Siren marah marah. Rilek rilek sudah" Harin cuba menenangkan Sinrin.

"Eleh kau Harin. Kau takmarah pon sebab diorang bawa makanan. Cuba kalau tangan kosong. Aku takrasa Renmi ngan Taerin ni ada kepala dah" tegur Sohyeon.

"Sudah sudahlah gaduh cik kak oi. Diorang lambat pon ada sebab. Takmacam kau. Aku ngan Seomin tunggu, peh boleh habis 3 episod Backstreet Rookie. Kan Seomin kan?" tanya Yuna kepada Seomin yang cuba membuka bekas biskut takboleh boleh.

Taerin merampas bekas tersebut dan memusingkan penutupnya. Bekas itu berjaya dibuka dan Seomin tersenyum lebar.

"Apa benda tho kau ni Min. Orang pusingkan, dia pergi tarik. Memang sampai mampos pon takboleh" sindir Renmi.

Seomin menjeling si Renmi. Nak membalas tapi takboleh. Mulut tengah penuh.

"Okay stop. I think better kita teruskan rancangan kita. Kita jumpa sebab apa? Jangan bazirkan masa kita yang berharga ni. Bukan selalu kita dapat jumpa macamni" Harin bersuara.

Sona yang dari tadi diam mencampak sampul ke tengah bulatan mereka duduk. Terhinjut bahu masing masing lalu dia meminta maaf dan mengutip semula sampul tersebut.

"start dari yang tua" kata Seomin.

"Kau lah tua" kata Yuna.

"wooppsi sorry my bad. I got this" katanya sambil menunjuk kertas tersebut.

Masing masing sudah tersenyum seperti kerang busuk tetapi ditahan. Tak mahu kantoi derr.

Giliran Sohyeon. Dia menunjuk belakang kertas yang kosong itu sambil tersenyum riang.

"Bukan Sohyeon bukan. Terbalik" Sinrin membetulkan posisi kertas tersebut.

Seomin dan Sohyeon menjerit keriangan. Yang lain menyuruh mereka senyap kerana ramai memerhati tapi apa mereka kesah. Sedikit pon tidak.

Diikuti Renmi, kemudiannya si Harin, Taerin, Sinrin dan Yuna. Menjerit macam nampak hantu tapi DLMU kalau nampak hantu, diorang menangis, bukan memjerit hahahaha. Semua dapat tempat yang sama walaupun si Yuna buat drama.

Yuna memberikan sampul yang dari Busan. Masing masing senyap monyok dan bila Sohyeon sedikit lagi mahu keluarkan air mata, dia terus mengeluarkan sampul yang berisi kertas tawaran belajar di tempat yang sama.

Giliran Sona. Dia membuat muka risau dan sedih. "Kenapa I takdapat surat dari situ?" tanya Sona kecewa.

"Habis you dapat yang dari mana?" Yuna memaparkan muka sedihnya.

"You tengoklah sendiri" Sona memberi sampulnya kepada Yuna. Yuna membukanya dan mengepit bibirnya dan mengeluh.

"Meh sini aku nak tengok" Sinrin merampas surat itu dari tangan Yuna. Dia mengeluh juga sambil membuat muka pasrahnya kepada Sona.

"Taksangka kan kau ni Sona haih" Sohyeon pula menggeleng kesal apabila membaca surat tersebut.

Harin yang duduk disebelah Sohyeon itu menjeling kertas tersebut. Dia membuat muka terkejutnya.

Kini giliran Taerin dan Renmi pula. Mereka memandang Sona dengan pandangan maut. Sona hanya tersenyum.

Seomin yang memerhati rakan rakannya itu terus mengambil surat itu. Dia tersenyum tetapi selang beberapa saat, keningnya mula berkerut.

"Kau pahal kerut kerut kening? Cepat tua baru tahu" tegur Renmi.

"Korang ni peliklah. Kenapa korang tak happy? Kita semua dapat tempat yang sama" tanya Seomin.

friendsWhere stories live. Discover now