Sona menunggu Byungchan di ruang tamu sambil menonton tv. Tah dia tengok tv ke tv tengok dia hshshshs
"Sona aku dah siap ni" panggil Byungchan tapi Sona tidak menyahut.
"Sona" panggil Byungchan sekali lagi. Byungchan mengeluh. Dia terus menyentuh bahu adiknya perlahan.
Terhinjut bahu Sona apabila merasa sentuhan itu. Dia menoleh.
"Dah?" tanya Sona.
"Dah lama. Aku panggil kau banyak kali, kau bukan dengar pon" jawab Byungchan.
"Sorry lah. Aku tertidur tunggu kau lama sangat. Patut tadi aku tunggu kau siap baru aku siap" kata Sona.
"Tidur buka mata? Hebat betul kau ni" kata Byungchan dan memakai kasutnya.
Sona yang mengunci pintu itu menjawab "microsleep lah. Kau apa tahu. Tulah cikgu ajar kau boleh pula tidur kat belakang. Taktidur pon, main. Ish ish hodoh perangai"
"microsleep konon. Padahal microorganism" kata Byungchan dan terus meninggalkan Sona. Sonanya dah mencarut tapi hanya dalam hati.
°°°°°
"Sunu. Toilet" kata Eric.
"Toilet? Tu nampak laluan tu? Haa kau pergi situ nanti toleh, adalah. Jangan pergi toilet wanita" jawab Sunwoo sambil bermain handphone dan menggoyang goyangkan kakinya.
"Ishh. Aku tahulah toilet dekat situ tapi temanlah aku" pinta Eric.
"Kau pahal gedik nak teman bagai?" Sunwoo menyoal Eric dan Ericnya hanya tersenyum gedik. Dahlah gedik lepastu dipanggil gedik lepastu tersenyum gedik lagi gediklah ee hshshshs
"Haih yelah aku teman sebab aku pon nak berbuat sesuatu" kata Sunwoo dan Ericnya menepuk tangan teruja.
"Hyung. Izinkan kami pergi ke tandas" kata Eric kepada Jungwoo.
"Aikk apahal minta izin macam kat sekolah pula? Pergi jelah" jawab Jungwoo. Eric sudah menarik tangan Sunwoo dan mereka berjalan ke arah tandas.
Jungwoo yang sedang bermain handphone menoleh ke arah pelayan restaurant. Makanan sudah sampai dan dia mengetepikan tangannya, memberi laluan kepada pelayan untuk meletak makanan.
"Betul ke semua ni Encik punya?" tanya pelayan tersebut.
"Aah. Kenapa? Ada masalah ke?" tanya Jungwoo.
Pelayan tu menggeleng.
"banyak betul dia makan. Ada saka ke apa" pelayan itu bersuara perlahan tapi Jungwoo mendengarnya dan laju je mata Jungwoo menjeling.
Pelayan itu perasan dengan jelingan Jungwoo terus bow dan pergi. Haa tahu takut hahahaa jangan memain dengan abe jungu saya. Muka je baik tapi sekali hang cari pasal, dia cari sampai lubang cacing. Kalau takjumpa, dia upah FBI hahaha tiber
°°°°°
Byungchan masuk ke dalam restaurant itu diikuti Sona dari belakang. Walaupun malas, tapi dia ikut sahaja. Nak jaga hati seorang abang hahaha
"Hey jungu! wassap bro. Long time no see" kata Byungchan apabila nampak Jungwoo.
"Ehh Chan. Kau jangan nak menipu. Semalam tu kau jumpa siapa" kata Jungwoo. Byungchan hanya gelak memegang perut.
Sona yang dari tadi memandang sekeliling terus memandang Jungwoo.
"Ehh ni Jungwoo oppa kan?" tanya Sona.
"Ehh Sona. Buat apa kat sini?" tanya Jungwoo kembali.
"Nilah adik aku mangkuk. Yang kau nak jumpa tu" Byungchan menjawab.