Sudah sebulan Sona bekerja dengan Jungwoo, Seomin dan Sinrin bekerja dengan Seungyoun, Renmi, Taerin dan Sohyeon bekerja dengan mama Sohyeon manakala Yuna dan Harin membuat business kecil kecilan iaitu menjual makaron dan dihantar ke kafe Jungwoo/Seungyoun and so far makaron itu laris dijual walaupun selalu sahaja dicuri oleh Eunsang dan Jisung.
Walaupun Eunsang dan Jisung selalu mengambil makaron secara senyap, mereka juga selalu mengganti dengan cara menolong Yuna dan Harin membuat, membeli dan menghantar.
°°°°°
Sona yang sedang menyapu laman rumah itu didatangi Byungchan dengan air di tangan. Baiknya abang begini.
"Weyh Sona. Berhentilah menyapu tu. Dah takde apa dah kat situ. Sini rehat" panggil Byungchan.
Sona berjalan kearah Byungchan dan meneguk air mineral sebelum minum air buatan Byungchan.
"Kau ni takpayahlah buat kerja banyak sangat. Kang penat, aku juga susah. Minggu depan aku dah start kelas" kata Byungchan.
"Kalau aku taksapu ni, mahunya rumput kering ni macam gunung nanti. Nak harapkan kau? huh kena disuap baru buat" jeling Sona.
"aku takbolehlah. Aku ada alergic. Takboleh berpeluh nanti effect nya bukan gatal gatal tapi nanti perempuan gatal taknak dengan aku" ujar Byungchan.
"Euww perasannya kau ni. Dahlah aku nak mandi. Kau tolong basuhkan cawan ni lepastu selipar, tolong susun okay" Sona meninggalkan Byungchan yang sudah mengembang kempiskan hidungnya.
Sementara minum sehingga habis, Byungchan memerhati kawasan rumahnya. Cantik, bersih, kemas. Tidak berselerak dengan daun kering seperti selalu.
Untung ada adik rajin ni. Senang sikit kerja tapi tulah, kena tahan telinga. Asyik kena bebel je kalau sepah sikit. OCD dia makin melampau sekarang yee.
Tengah Byungchan kutuk adik dia dalam hati, ada satu kereta yang sungguh familiar memasuki halaman. Terus dia berdiri teruja dan berlari ke arah kereta itu.
"Mama papa. Kenapa balik tak cakap?" tanya Byungchan dengan nada makcik makcik.
"Saja nak buat surprise. Kan kami lama takbalik. Haa adik kamu mana?" tanya papa.
"Ish takhabis habis dengan budak tu. Ni Chan dah ada depan mata takcukup ke?" cebik Byungchan.
"Eleh gedik. Sebab dah ada depan matalah taktanya" mama memukul bahu Byungchan. Dia nak tarik rambut tapi almaklumlah, Byungchan ni kan tinggi dia lain macam.
"Aduh apa mama ni. Sona ada kat dalam. Mandi. Baru lepas sapu tadi" jawab Byungchan.
"Haihlah kamu ni Chan. Jangan harapkan Sona je buat kerja. Kamu tu sebagai abang, kenalah buat juga. Kamu tahu kan adik kamu tu sakit" bebel papa dan kebetulan Sona turun tangga dengan tuala di kepala.
"Alaa apa papa ni. Benda kecik je. Byung pon dah banyak tolong Sona. Tu yang Sona tolong juga. Bak kata pepatah melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" kata Sona dan membantu Byungchan mengangkat barang.
"Apa apa jelah kamu dua ni. Haa kerja tu macam mana? Kamu kena buli ke?"
"Apa papa ni. Anak kita tu dah besar, tali pinggang hitam. Ada pula orang nak buli dia" jawab mama.
"Manalah tahukan. Haa kamu Byungchan. Girlfriend ada?"
Terhinjut bahu Byungchan tiba tiba ditanya soalan begitu. Dia terus menggeleng. Belum sempat membuka mulut, Sona menyampuk
"Dia ni papa, bukan takde girlfriend cuma dia yang taknak ada. Katanya malas nak layan perempuan gedik gatal. Not his taste"
"Memandai je kau ni kan" Byungchan menarik tuala yang ada di rambut Sona dan membuatkan rambut Sona terlepas.