Taerin berjalan seorang diri untuk masuk ke kelasnya. Selalunya dengan Renmi dan Jaemin tapi kalini pasangan itu tidak hadir kerana ada benda yang patut mereka selesaikan.
Fikiran Taerin agak serabut memikirkan kejadian 4 hari lepas. Ya, sudah 4 hari kejadian itu berlaku. Taerin sudah 3 hari skip kelas manakala 1 hari lagi, memang cuti.
DLMU langsung tidak bertemu kecuali Sohyeon, Yuna, Harin dan Seomin. Renmi dan Taerin berjumpa kerana Renmi selalu ke rumah Taerin untuk berjumpa Jaemin manakala Sona dan Sinrin, hanya melakukan hal sendiri.
Sinrin banyak termenung dalam kelas. Sona pula sudah banyak kali tidak mengikut kelas. Katanya, 'takpe. Aku ada hal lagi penting dari ni lagipon exam dah habis'.
Walaupun exam dah habis, mereka masih lagi perlu fokus untuk semester seterusnya.
Boys pula, memang selalu berjumpa untuk berbincang bagaimana untuk mengembalikan keadaan DLMU. Tidak lupa juga, Sohyeon, Yuna, Harin dan Seomin. Hanya mereka sahaja yang tidak bermasalah.
Bukan masalah macam mana cuma, mereka sahaja yang tidak bersalah dalam hal ini dan cuba untuk membetulkan keadaan.
Sedang Taerin berjalan untuk ke kelas, dia terserempak dengan Sinrin. Agak gementar baginya untuk berjumpa apalagi bercakap dengan Sinrin kerana kes lepas.
Masing masing memberhentikan langkah. Ingin sahaja Taerin menegur, tetapi Sinrin terlebih dahulu berjalan meninggalkan tempat itu.
Taerin agak tergamam dengan perbuatan Sinrin tapi dia sedar, salah dia juga kerana bercakap tentang perasaan.
Iyelah, orang dah marah, semua benda boleh keluar. Tiada lagi istilah fikir memikir. Sebab itu, kita kena kawal perasaan kita. Jangan sampai terbalik. Jika tidak, huhu kita yang menyesal.
Tanpa membuang masa, Taerin langsung membuka langkahnya untuk ke kelas tetapi di tahan seseorang dari belakang. Bila dia menoleh, dia mengeluh dan menunduk.
"Taerin, Sinrin tu dia dah lama maafkan kau. Kau cuma kena bagi dia masa je. Dia masih lagi tidak buka mulut untuk bercakap tapi aku tahu, dia dah maafkan. Kalau tak, takdenya dia akan scroll balik chat DLMU yang lama. Lagipon group tu dah lama menyepikan? Aku tahu, kau rindu, dia rindu, Seomin rindu, Yuna rindu, Harin rindu, Sohyeon rindu, Renmi rindu, Sona rindu, semua rindulah senang cerita. Tapi, korang masih belum bersedia untuk berjumpa depan depan sebab masing masing ego. Tinggi egonya sudah mengalahkan Soobin. Kalau tak ego, takdenya korang tak bertegur sampai empat hari macamni. Selalu sehari je kan? Kadang sehari pon tak sampai. Ehh kelas aku dah nak start. Aku kena gerak dulu. Apa apa pon, kurangkanlah egonya. Kau jangan risau. Nanti aku cuba nasihat Sinrin. Harap kau bagi kerjasama juga. Terima kasih" Jeno berlalu pergi meninggalkan Taerin bersendirian.
Taerin hanya menayangkan senyuman tawar kemudiannya membuang senyuman itu. Hanya muka kosong yang ditayangnya.
Sehinggalah dia sampai di kelas, Yuna memeluknya dari kiri manakala Sohyeon memeluknya dari kanan.
"Babe. We miss you so much" kata Sohyeon sambil mengelap air mata palsunya. Dasar fake hahaha
Yuna pula memuncungkan bibirnya dan mengangguk laju. Taerin pula melemparkan senyuman dan perlahan lahan mencuba untuk meleraikan pelukan.
"But you should not miss me" kata Taerin. Yuna dan Sohyeon memandang pelik.
"Asal pulak? Kita dah empat hari takjumpa, enam hari tak chat" kata Yuna.
Taerin mengeluarkan telefonnya dan membuka gambar mereka berlapan, iaitu DLMU. Dia mengeluh ringan.
"You should miss us. Not only you but me too. Ataupun yang lebih tepat, kita rindu kita yang dulu" katanya dan membuatkan Yuna dan Sohyeon memeluknya kembali.