Jeno dan Sona berhenti di hadapan sebuah kafe. Kafe yang agak familiar iaitu, Nangman Cafe. Kafe kepunyaan Seungyoun, abangnya Sinrin.
"Kau buat apa datang sini Jeno" tanya Sona dengan keluhan.
"Kalau ye pon turunlah dulu. Taktahu cara turun? Kau buat macam cara kau naik tadi tapi kau rewind" kata Jeno.
Sona merengus kasar dan mencengkam kuat bahu Jeno dan turun dari motor. Terus dia berlari masuk ke kafe.
"Ehh minah ni. Helmet tak buka. Suka sangat malukan diri. Nasib bukan makwe aku" omel Jeno sendiri dan turun dari motor.
Masuk sahaja dalam kafe, dia terus pergi ke Sona "ehh helmet aku mana?" tanyanya.
"Tu" jawab Sona dan menunjukkan keberadaan helmet Jeno.
"Siapa yang bukakan kai helmet" tanya Jeno lagi.
"Changmin oppa" jawab Sona. Jeno hanya mengangguk dan beredar untuk membuat kerjanya.
"Ehh Sona. Datang dengan siapa?" sapa seseorang dan duduk di depannya.
"Ehh Uyon oppa annyeong hehe Sona datang dengan Jeno tu hah" jawab Sona dan menggunakan bibirnya untuk menunjuk ke arah Jeno yang sedang memegang dua cawan.
"Naik motor?" tanya Seungyoun sambil berkerut.
"Aah tapi oppa jangan salah faham. Tadi ada problem sikit dekat kolej then Jeno terus bawa Sona pergi" kata Sona.
"Problem? What's problem?" tanya Seungyoun lagi dan masih berkerut.
Kebetulan pula Jeno datang ke arah mereka "nah donut kau. Pastu ni air. Tengok aku baik. Kau minta air mineral, aku bagi hot chocolate. Ehh hyung annyeong" Jeno menghulurkan plastik yang berisi donut itu dan mengambil tempat di sebelah Seungyoun.
Sona meletakkan plastik itu di tepi dan memandang ke arah Seungyoun.
"Cerita dia cemni, tadi time Sona tengah duduk tunggu Jeno, tiba tiba ada tiga orang perempuan ni datang kat Sona lepastu yang sorang tu tiba tiba cari pasal. Then tadi dia nak lempang Sona tapi Jeno ni tahan pastu si Jeno ni tarik beg Sona and tiba tiba dia suruh Sona naik motor ngan dia. Orang dah cakap taknak, pastu dia suruh naik juga ee aku lepuk kang" sempat lagi Sona hendak menyiku Jeno.
"Ehh takpayah gaduh takpayah gaduh" Seungyoun cuba menenangkan Sona.
"Asal dengan perempuan tu? Asal tiba tiba nak tampar Sona pula? Sona buat hal ke?" tanya Seungyoun.
"Erm Sona takjawab soalan dia. Yelah. Dah soalan bodoh dia tanya. Memang taklah nak jawab" Sona tak rilek.
"Ish Sona ni. Sama je macam Byungchan. Takrilek langsung. Cuba rilek rilek macam oppa. Haa apa soalan bodoh dia tu sampai Sona takrilek?" tanya Seungyoun lagi.
"Dia tanya, sorang je ke" jawab Sona dengan nada ajukan.
"Ish memang bodoh soalan tu. Kalau aku pon aku tak jawab. Dia buta ke apa" Jeno menyampuk tetapi tiada siapa layan.
Seungyoun kelihatan sedang berfikir sambil menggeleng "perempuan tu ada mata lebih kot. Tapikan, asal tiba tiba je dia tanya? Korang kenal ke?"
"Sebenarnya, perempuan tu haritu kacau Sunwoo. Bukan kacau tapi menggatal. Alaa biasalah perempuan mur-" belum sempat Sona menghabiskan ayatnya, Seungyoun menyumbat mulutnya dengan kek Jeno.
"Tak baik cakap macamtu" pesan Seungyoun dan Sona mengangguk walaupun masih terkejut.
"Sorry. Saya geram hehe okay sambung. Haa dia macam menggatal lah. Ehh bukan macam. Memang gatal pon lepastu Sona pon datanglah kat Sunwoo, Sona claim yang Sunwoo ni boyfriend Sona lepastu kitorang potpet potpet lepastu dia blaa" terang Sona.