“Bawak IC kan?” Soal Zul memecah kesunyian perjalanan itu.
“Kita nak pegi mana? IC ada…” Jawab Wani yang keliru dengan arah tujuan.
Zul memberhentikan keretanya dideretan Lot kedai. Baru Wani tersenyum sikit bila melihat sekeliling. “Buat apa nak pegi opis malam-malam? Ish kalau nak tu.. pegilah hotel…” Matanya tertangkap Papantanda HOTEL dideretan kedai. Dia semakin gelisah. “Mampus…!! Bila pulak ada hotel kat sini. Siang tadi takde pun??” Getus hati Wani. Banyak persoalan skrg namun didiamkan saja oleh Wani dan mengikuti gerak langkah Zul.
“Kalau dia bawak masuk ni… aku berserah sahaja. Tak guna melawan…… lagi pun lama tak dapat..” Wani mula bermonolog.
“Jangan Wani, baik kau lari sekarang. Nanti sejarah lama akan berulang… kau dah lupa??” Satu suara halus terngiang-ngiang di telinganya. Ketenangan suara itu melegakannya lantas meresahkan sedikit perasaan Wani.
“Alah… tak salah pun la pompuan… kau dah takde apa…. Lagipun dia dah berjasa. Bantulah dia mencapai nikmat hidup….” Bergegaran suara ketawa di segenap pelusuk otaknya….
“Wani, chill sahaja. Dan jangan terkejut,” jelas Zul sebaik menghentikan langkah dihadapan sebuah pintu. Nampak sangat Wani langsung tidak mengendahkan kemana arah yang dibawa oleh Zul. Wani mengangguk resah.
Pintu dibuka dan kedengaran dentuman hebat bass. Alunan musik yang cukup kuat menggegarkan telinganya. Wani mengeratkan pegangan tangannya ke lengan Zul. Badannya dirapatkan seboleh-bolehnya biar bercantum. Dia semakin risau apabila melihat beberapa pasangan meliuk-liuk mengikut irama.
Mereka ke suatu sudut yang agak gelap. Seorang wanita yang hanya menggunakan t-shirt ketat separuh dan seluar pendek datang kearah mereka dan tersenyum.
“Nak minum apa?” Tanya Zul menguatkan suaranya sedikit ke telinga Wani.
“Coke, Eh awak ‘Minum’?” Balas Wani
Zul membisikkan sesuatu kepada wanita tersebut dan dia melangkah pergi meninggalkan mereka kembali. Dia menarik lengan Wani yang duduk bersebelahan agar duduk dihadapannya. Tangannya dialihkan ke pinggang Wani. Tangan sebelah lagi mengarahkan Wani melihat sesuatu dihadapan. Melopong Wani melihat aksi sepasang kekasih yang meliang liuk mengikut irama lagu yang tidak difahami Wani.
“Abang Sham..” Bisiknya kepada Zul.
“Syhh… Tengok je…,” Balas Zul kepada Wani.
Dua tubuh yang sedang menari mengikut rentak irama itu tidak mengendahkan apa pandangan orang. Mereka terlalu asyik dan berkhayal serta tenggelam dalam kedentuman bass yang padu.
Shamsul atau Sham adalah merupakan suami kepada Zahara. Berumur lewat 40an. Keluarga yang dibina atas dasar suka sama suka ini menghasilkan 3 orang puteri yang comel serta seorang putera.
Bijak mengatur langkah dan hayunan tubuh, Sham mengikut rentak hayunan dari gadis dihadapannya. Gadis itu merupakan escort girl di situ. Tangan Sham memegang pinggul gadis itu dan dia melorotkan tangannya kebawah agar bersentuhan dengan bahagian peha gadis itu. Mereka merapatkan badan sehingga tiada ruang antaranya. Hangat suhu badan dapat di rasakan oleh kedua-dua mereka.
Gadis itu merangkul leher Sham yang berada dibelakangnya dan melentokkan kepalanya. Sham mengambil peluang ini dengan menzahirkan satu ciuman ke leher jinjang gadis itu. Aksi itu berterusan. Bukan hanya dua atau 3 kali kucupan ke leher, malah digomol semahunya oleh Sham sehingga kegelian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Suatu Perjalanan
De TodoPercubaan pertama... Persahabatan.. realiti kehidupan... Kebijaksanaan... keputusan dalam mengharungi kehidupan... persekitaran...