“Sah!”
“Alhmadulillah!” Terus menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada yang esa.
Majlis kini telah pun tiba pada penghujungnya.
Wani memperlahankan langkahnya. “Aku taknak lah Mimi, nanti terencat majlis nanti,” bisik Wani kepada Mimi.
“Ah, kau ni kenapa macam tu pulak?” Sergah Mimi.
“Rileks je..”Balas Mimi sambil menheret rakannya itu.
“Tahniah ye Kak,” Ujar Mimi.
“Terima kasih ye..” Balas pengantin yang memakai baju kurung putih.
“Along! Kenapa Along buat macam ni kat kami?” Suara Wani keluar sambil bergetaran.
“Sampai hati Along buat kat anak-anak macam ni,” Sambung Wani lagi kegeraman.
“Eh, Wani! Buat apa kat sini?”Balas Alongnya.
“Kak Zah, kenal tak dia ni dah kahwin dan ada anak 3 lagi.. sanggup kak Zah ambil jugak?” Soal Wani sambil meninggikan sedikit suaranya kepada Kak Zah yang masih terpinga-pinga.
“Wani, nak cakap apa ni?”Suara seorang perempuan yang dikenali.
Wani menoleh kebelakang.
“Kak Long pun tahu? Eloklah, senang perkara ni selesai,” Balas Wani sambil memandang kepada Alongnya.
Mereka bergerak kedalam rumah. Wani terpaksa menarik Mimi sekali kali ini.
“Mimi, maaf ni hal keluarga, Kau dah termasuk sekali,” Bisik Wani kepada Mimi.
“Eh takpe, aku tak kisah, jangan risau rahsia selamat,” Balas Mimi.
“Assalamualaikum,” Ujar satu suara yang tiba-tiba muncul dari ruang atas rumah.
“Alongkan yang Acik Nampak hari tu kat gerai kak Zah? Siap tipu lagi kat kak Long cakap kerja kat JB. Sekarang Along terangkan. Seronok ke berbini dua???” Suara Wani memecah kesunyian.
Selesai sahaja perkataan itu, berderai ketawa dari mereka semua. Wani hanya terpinga-pinga.
“Wani,” Kak Zah memula bicara.
“Kak zah, minta maaf banyak-banyak la kat Wani. Bukan niat nak mengenakan Wani. Kak Zah tak tahu pun selama ni Kamu ni adik Izman,” Sambung Kak Zah.
“Ni sebenarnya sepupu Kak Long!” Terang kakak Wani.
“Habis tu, kenapa Along takut sangat bila Acik bagitau hari tu..”Soal Wani kepada abangnya.
Akhirnya, Wan Izmanie membuka mulut untuk meleraikan kekusutan adik nya itu.
Zahirah atau Kak Zah merupakan sepupu isterinya. Dia membantu bagi menyelesaikan kes rumahtangga antara Zah dan juga Sham beberapa bulan yang lepas. Dia terpaksa merahsiakan perkara ini dari isterinya atas permintaan Zahirah sendiri.
“Bukan Along yang kahwin dengan dia. Tuh ha orangnya,” Sambil memuncungkan bibirnya kepada Suami baru kak Zah.
“Kami Nampak sama kan? Nama saya Hakim,” Jelas Hakim sambil tersenyum.
Kedua-duanya berpusing kebelakang.
“Ya Allah… Apa aku dah buat ni?”bisik Wani kepada dirinya sendiri.
“Kak Long pun baru je tau semua ni bila Zah sendiri cerita. Acik pun tak bagitau kerja kat mana. So macam terkejut jugak. Kalau Along yang buat hal, ada yang kena simen dalam tong!” jelas kakaknya sambil tergelak kecil.
Alongnya menerangkan bahawa Hakim adalah sahabat baiknya dan juga merupakan share partner dalam firma guamannya.
“Duit yang along pinjam tu dah ada dah Acik. Nanti kenduri kau ni jangan risau. Along dah bagitau kat mak degan abah. Alhamdulillah selesai,” Terang Izman.
Mata Mimi tersentap apabila dia kenal satu susuk yang berada di hadapannya.
“Assalamualaikum,” Tegurnya.
“waalaikumsalam..” Jawab Mimi.
“Badrul, Orang panggil Bard sahaja,” jelas jejaka dihadapan Mimi.
“Mimi kan? Macam ni cantik sikit.” Tambah jejaka itu sambil tersenyum simpul.
Mimi hanya tertunduk malu tanpa bicara. Matanya berkaca. Mukanya kemerahan menahan malu.
“Wani, aku dok sana lah. Dah selesaikan?” Ujar Mimi.
Wani hanya mengangguk sambil memerhatikan rakannya itu melangkah longlai.
********Mimi Flashback***************
Kaki Mimi melangkah pergi dari meja yang riuh itu. Dia tidak tahu kemana harus dia pergi sebenarnya. Pertemuannya dengan Badrul mennggamit memori silam yang cuba untuk dilupakan.
“Sorry, bukan nak insult you, tapi u cantik! “ Ujar Bad yang duduk berhadapan dengan Mimi.
“Maaf, saya dah tak buat kerja macam tu,” Sambung Mimi sambil cuba menenangkan hatinya.
“Saya tegur bukan nak benda tu lagi. Saya tegur sebab awak Nampak lebih baik dan hebat dari sebelum ini.” Balas Badrul.
Kejadian 2 tahun lepas menggamit memori Mimi.
Pertama kali dia bertemu Badrul kerana Teman lelakinya telah menjual khidmatnya kepada Badrul.
Sebaik Mimi membuka pintu bilik dan mempelawa tetamunya masuk, Mimi melangkah longlai.
Baju tidur nipisnya sengaja dipakai untuk menggoda pelanggannya. Badrul kaku melihat lenggok Mimi yang meliang liuk. Tangannya ditarik Mimi agar bersama kearah katil. Badrul sangat terkejut dengan keadaan itu menuruti sahaja Mimi. Dicapainya selimut lalu dia balutkan selimut itu ke tubuh Mimi.
Mimi hanya terdiam memerhatikan tingkah laku Badrul yang pertama kali melangganinya.
“Awak bukanlah seorang yang begini,” Ujar Badrul tenang. Dia seolah-olah tahu bahawa Mimi terpaksa melakukan kerja sebegini.
“Awak rehat ye, saya Cuma mahukan teman berbual sahaja.” Kata Badrul lembut kepada Mimi.
Sehinggalah pada hari ini dia kembali menemui Mimi yang kelihatan lebih sempurna.
Mimi memula bicara. Dia sebolehnya tidak mahu segala kisah silamnya diketahui. Dia mengakui bahawa dia bukanlah wanita yang baik suatu ketika dahulu. Cuma keadaan dirinya yang terdesak kerana tidak mahu ditinggalkan oleh kekasihnya menjadikan dirinya sebegitu. Sekiranya dia mengingkari arahan dia akan di belasah oleh teman lelakinya dan dirinya akan dijadikan habuan serakah oleh siapa sahaja yang terfikir oleh teman lelakinya.
Tekun Mimi menceritakan kisahnya kepada Badrul yang kelihatan tersenyum sekali sekala melihat riak wajah Mimi yang cukup tenang,
“Bad, saya minta maaf kalau malam tu saya spoil kan mood awak,” tertunduk Mimi.
“Eh, benda dah lepas saya tak mau ingat lagi dah macam tu. Malu saya sebab kekonon macam nak buat jahat tapi saya takut. Sangat takut tau!” Badrul menjawab sambil tersenyum.
“Lagipun saya tak pernah anggap awak begitu. Insha allah aib itu akan tersimpan sekiranya awak terus menyimpan aib awak sendiri,” Tambah Badrul lagi kepada Mimi.
Badrul bangun sambil meraba-raba kedalam poket seluarnya dan mengeluarkan dompetnya, lalu dikulurkan sekeping kertas kepada Mimi.
“Ni kad saya, nanti ada masa awak boleh cari saya. Jangan risau saya belum dimiliki oleh sesiapa,” Kata Badrul sambil berlalu pergi.
**************end of Mimi************
“Jadi yang Acik nampak tu bukan Alonglah ye…,” Tanya Wani.
“Bukan, Yang Kau Nampak tu Hakim lah… Maunya Along tak gelabah. Kau punya shot tuh memang Nampak sebijik macam Along. Kau kasik kat Kak Long, Mampus aku makan nasih kedai,” Seloroh Along.
“Yelah kekonon nak selesaikan kes mahkamah, sekali dengan aku terjebak. Tapi Alhamdulillah syukur semua dah selesai Man,” Kata Hakim kepada sahabatnya itu.
“Kak Zah, Wani minta maaf semua. Wani tak sengaja,” Beritahu Wani.
“Mana bakal tunang Acik?” Tanya Abang Wani.
“Dia ada hal bersama keluarganya hari ni, kejap lagi nak kena gi rumah dia pulak ni mak dia ajak. Jom lah along, Kak Long datang sekali.”Kata Wani.
"Boleh jugak. Lepas majlis nanti lah. Rumah Acik jauh ke tak?" Tanya Izman.
"Takdelah jauh sangat," balas Wani sambil jarinya ligat menghantar pesanan kepada Zul berkenaan hal ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Suatu Perjalanan
AcakPercubaan pertama... Persahabatan.. realiti kehidupan... Kebijaksanaan... keputusan dalam mengharungi kehidupan... persekitaran...
