Lima Belas

4.5K 56 7
                                    

“Assalamualaikum…,” Seru Wani dari luar.
“Waalaikumsalam. Mama, dah sampai dah tetamu kita ni…” Balas Kak Icha membuka pintu dan melaung meanggill mamanya.
“Ni abang Wani dengan wife dia… Kak Long,” Sambung Wani sambil memperkenalkan Abang dan kakak iparnya kepada Kak Icha.
 
Tangan dihuurkan oleh Kak Longnya bersalaman.
 
“Assalamualaikum, ya Wan Izmanie.., Tak sangka kita bertemu lagi disini,” Suara Mus menegur abang Wani sambil menghulurkan tangan.
 
“Waalaikumsalam, Eh, Encik Mus…,” Izman tersentak mendengar suara Mus. Dia menyambut tangan Mus dan berjabat.
 
“Wah.. something very nice and to be consider soon. Papa suka game ni..,” Suara Papanya.
 
“Eh, Tan Sri. Assalamualaikum. Dunia yang kecil rupanya. Abah tak beritahu semua ni.” Balas Izman.
 
“Jemput duduk semua. Ish, we are rivals in business, but will be family in a short time. A very wonderful games and plot!” Tegur Papa Zul kepada Izman.
 
Izman Menelan air liur yang tiba-tiba terasa pahit.
 
Suasana agak ceria malam itu di kediaman orang tua Zul. Icha dan Mamanya seronok berkenalan dengan Kak Long. Layanan mereka terhadap tetamu tidak dinafikan sangat baik. Zul bersyukur melihat keadaan yang positif itu.
 
Walaupun begitu,keadaan ini tidak berapa bagus untuk Izman. Ini akan merupakan cabaran getir buat kehidupannya dan syarikat guamannya. Namun demi adik tersayang dia terpaksa diamkan dahulu.Sedikit pun riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang keresahan. Tambahan pula bakal mentua adiknya dan bakal birasnya itu kelihatan melayan kehadiran mereka dengan penuh kesusilaan.
 
Jam menunjukkan sudah jam 10.00 malam dan Wani serta abangnya ingin meminta diri. “Tan Sri, saya uacpkan terima kasih atas layanan yang baik ini. Harapnya kesudahan yang cukup sempurna untuk adik saya ni,” Ujar Izman kepada Tan Sri Jamaluddin sambil memandang kepada Mus.
 
“Insha allah, harapnya kita berdoa yang baik-baik untuk mereka ini,” Balas Tan Sri.
 
“Eh, kami beransur dulu lah Puan Sri, Icha…” Kata isteri Izman kepada Puan Sri dan Icha.
“Tak payah berpuan sri bagai lah Long, panggil makcik saja. Kain kapan tu tak kenal pangkat kita,” tegur Puan Sri.
“Ermm baiklah makcik… pakcik….,” balas Wani.
“yang ni jangan mengada nak panggil tu pulak. Nanti mama kensel semua..” Seloroh ibu Zul.
“Eh marah pulak makcik ni. Ala makcik buat karipap sedap per. Itu yang pakcik tu tak sedar kalau makan mau 10 bijik dia bedal,” Kata Zul kepada Mama dan Papanya.
Serentak dengan itu terburaila ketawa dari semua orang.
 
Tan Sri Jamaluddin mengarahkan Mus untuk menemani Izman ke kereta. “Izman, rasanya besok Papa nak jumpa Awak tu. Harap awak takda masalah. Mungkin ada benda yang nak diselesaikan olehnya,” kata Mus lembut agar tidak didengari oleh orang lain.
 
“Insha allah. Nanti bagitau je dimana dan jam berapa. Tiada masalah,” Balas Izman.
 
Perjalanan dari rumah bakal mentua Wani sepi. Izman keihatan banyak berfikir.
 
“Acik, Along Tanya ni jangan marah tau. Kau betul ke kenal keluarga Zul tu? Kau tak risau ke kalau-kalau kita ni tak setaraf dengan mereka?” Tanya Izman.
 
“Tak tau pun dan tak kisah. Lagipun tu kawan abah la.” Jawab Wani.
 
Izman hanya senyap.
 
Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Tangannya pantas membuka telefonnya yang diletakkan bersebelahan dengannya.
 
Jarinya membalas. “OK”
 
Izman membisusebaik tiba di homestay yang disewanya di Shah Alam. Isterinya faham benar dengan perangai suaminya itu.
 
“Abang fikir apa sebenarnya?” Tanya isterinya.
 
“Takde apa lah. Cuma terkejut berjumpa dengan Mus dan juga Tan Sri Jamaluddin tu jer…” Jawab Izman acuh tidak acuh.
 
“Dah macam Nampak hantu je. Alhamdulillah Acik tuh dapat keluarga yang begitu. Moga baiklah nanti,” balas isterinya sambil baring di sebelahnya.
 
“Erm.. harap-harap macam itulah. Jangan jadi benda lain udah. Mereka yang ada didunia tu agak lain sikit perangainya. Abang cakap ni pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan sedikit pengalaman sendiri je, “ Kata Izman sambil membalutkan tubuh isterinya dengan selimut.
 
Dah tidur rupanya. Patutlah senyap. Izman teringat kejadian sewaktu dia bersama rakan-rakannya menubuhkan firma guaman mereka. Ketika itu dia bersama Badrul berjumpa dengan Mus dan juga Tan Sri Jamaluddin untuk pengesahan laporan dan berbincang mengenai wang pampasan yang harus diberikan kepada penduduk kampung.
 
Izman menyangkakan bahawa pertemuan tersebut akan berakhir dengan persetujuan. Akan tetapi lain pula. Pihak Tan Sri bertegas tidak akan menaikkan jumlah pampasan yang diberikan atas alasan itu adalah satu percubaan dari pihak saingan perniagaannya untuk sengaja menggagalkan projek yang telah dimulakan di kawasan tersebut. Izman hanya memerhatikan ketegasan Mus dan Tan Sri semasa perbincangan. Perkataan yang keluar sungguh keras. Makian dan cacian terhadap orang kampung diberikan bertubi-tubi.
 
Perbincangan itu berakhir juga. Akan tetapi amaran keras oleh Tan sri terhadap mereka masih terngiang-ngiang. Natijahnya mereka kehilangan beberapa pelanggan yang berpotensi. Hampir 3 bulan mereka tidak mempunyai pendapatan. Masa itu terasa peritnya berniaga.
 
Dalam pada semua kisah cabaran getirnya menghidup firma guaman itu Izman terlelap dan terus hanyut bersama dengkuran sehingga menyebabkan ketidak selesaan kepada isterinya yang menutup muka Izman dengan bantal supaya tidak berdengkur lagi.

 
Izman tiba jam 7.45 pagi di kedai Jamal Mohamed Kelana Jaya. Ianya tidaklah seserabut mana kerana hari Ahad. Dia pilih untuk duduk di bahagian luar tepi restoran itu. Terus di order Thosai Rawa dan nescafe tarik. Makanannya telah sampai dan di menikmati hidangan itu dengan penuh nikmat.
 
“Assalamualaikum Izman,” Tan Sri menegur Izman.
“Waalaikumsalam, Jemput duduk!” Balas Izman.
 
“Eh kalau nak lagi order lah, Mus tengah carik parking,” Ujar Tan Sri.
 
Mus tiba dan duduk di sebelah bapa mentuanya dan terus memesan makanan dan juga minuman.
 
Mereka berbual-bual mengenai apa perancangan untuk Wani dan juga Zul. Sambil diselangselikan dengan gelak ketawa.
 
“So, Izman. Saya tahu awak mesti ingat kami yang menyebabkan firma awak hampir lumpuh kan lepas kes pampasan tu kan?” Tanya Tan Sri.
“Its OK. Awak boleh lepaskan kemarahan awak tu,” Balasnya lagi.
“Badrul dah OK kan sekarang ni?” Tanya Mus menyambung persoalan bapanya itu.
 
“Hampir bungkus! Saya tak berapa nak fikir sangat pasal mungkin Tan Sri betul tak suka kami untuk membela nasib penduduk yang teraniaya,”Jelas Izman.
 
Dia mengakui hidup mereka amatlah sukar untuk 3 bulan itu. Sehinggalah Badrul menarik diri sebagai rakan kongsi dan mereka barulah mempunyai satu dua pendapatan. Itu pun tidaklah lumayan seperti sebelum ini. Sehinggakan mereka terpaksa mengambil kes syariah pulak demi kelangsungan hidup. Cuma mereka tidak mempunyai bukti bahawa ini adalah kerja dari Tan Sri dan Mus.
 
“Jahat betul kan kami ni... U ingat Teras Maju?” Soal Tan Sri.
“Itulah first big project yang kami dapat after 6 month…”balas Izman.
 
“Itu milik kami juga,” Jelas Mus.
 
Sebenarnya, itu adalah dari permainan saingan perniagaan mereka. Tan Sri dan Mus menasihati Badrul supaya meninggalkan firma itu buat sementara waktu dan bekerja untuk mereka. Pesaing mereka telah menghasut semua pelanggan yang berpotensi agar menarik diri selagi Badrul masih berada di firma itu. Sehinggalah pemaju yang bernama Teras Maju itu memanggil firma Izman itu untuk membuat urusan untuk perjanjian bank dan urusan jual beli.
 
“Zul anak bongsu saya Izman. Dia pernah sakit dulu sebab di permainkan oleh seseorang. Sekarang dia bekerja dengan saya. Sama seperti Wani jugak,” Ujar TanSri.
“Cuma sebagai syarat, takan ada orang yang tahu itu adalah cabang perniagaan kami sebab saya menggunakan kawan Mus sebagai pengarah. Zul sendiri pun hanya pekerja sebagai Engineer sahaja,” Jelas Tan Sri.
 
“eh kau jangan cerita ni pulak kat Wani. Ini perjanjian papa dengan kawan aku tu tau. Kalau benda ni pecah memang tak jadi surprise dah…” Terang Mus.
 
Fahamlah Izman kini. Mengapa Tan Sri sangat tegas sewaktu pertemuan mereka dahulu.
 
Sedar tak sedar, sudah jam 11 pagi. Tan Sri dan Mus meminta diri dahulu. Izman pun perlu pulang ke Ipoh kerana besok anak-anaknya akan bersekolah.
 
Pertemuan yang ringkas itu menjadi amat bermakna buat Izman. Lega kerana apa yang difikirkan tidak benar.

Suatu PerjalananWhere stories live. Discover now